5 Tip Berkesan 7 Hari Sebelum Hadapi Peperiksaan Akhir SKM

Kebiasaan yang berlaku adalah pelatih-pelatih akan kelam kabut dalam persiapan akhir dalam menghadapai peperiksaan akhir Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Sebab itulah pelatih-pelatih mesti bersedia dan membuat rangka kerja (framework) sebagai asas persediaan.

Dalam apa jua pekerjaan, jika ada rangka kerja maka ia memberi kemudahan berkali ganda.

Oleh itu, disini disenaraikan 5 tip-tip persediaan menghadapi peperiksaan akhir sebagai rangka kerja,

Hadir Kelas Setiap Hari

Antara perkara yang mesti dilakukan di minggu akhir peperiksaan akhir kerana banyak ajaran dan nasihat dari tenaga pengajar.

Biasanya dalam minggu akhir akan dibantu dengan nota-nota penting dan latihan yang berterusan.

Nasihat-nasihat dari tenaga pengajar juga tidak boleh diambil mudah.

Minta Petunjuk Yang Tepat

Sebagai pelatih yang masih huru-hara dalam persiapan menghadapi peperiksaan akhir, maka mintalah petunjuk dari tenaga pengajar dan mereka yang lebih pakar.

Ini penting sebagai arah tuju supaya dapat mempermudahkan urusan persediaan tersebut.

Perbincangan Yang Bijaksana

Di minggu akhir sebelum peperiksaan akhir, jangan buang masa dengan perkara-perkara yang tidak penting.

Malah sepatutnya lebih agresif dan bijaksana dalam memperkemaskan lagi persediaan akhir.

Perbincangan yang dimaksudkan adalah mencari nota-nota bantuan seperti diperpustakaan dan nota-nota hasil dari pembelajaran dan latihan sebelum ini.

Ingat perbincangan nota-nota, bukan baca buku teks.

Perbincangan seperti perlu dilakukan bersama tenaga pengajara dalam setiap modul-modul atau bersama pelatih yang lebih pandai.

Kerja Keras Yang Padu

Kerja keras yang dimaksudkan bukanlah sehingga tidak tidur dan berterusan sambung menyambung membaca dan berlatih.

Tetapi lebih kepada memberi lebih tumpuan kepada setiap mata pelajaran atau modul latihan.

Banyakkan memahami dan menguasai fakta, rumus dan simbol-simbol dalam modul tertentu.

Ulangkaji Yang Mantap

Bagaimana hendak melakukan ulangkaji yang betul dan mantap?

Mula-mula sediakan jadual ulangkaji yang teratur dan seimbang supaya dapat mengulangkaji kesemua subjek-subjek yang terlibat.

Perkara yang sepatutnya menjadi rutin dalam ulangkaji adalah perbuatan membaca, memahami, lukis, tulis dan ingat.

Lebih mudah dilakukan jika dapat berdamping dengan tenaga-tenaga pengajar yang terlibat dan rakan-rakan yang pandai.

Tawakkal Kepada Allah

Dan akhir sekali setelah mengikuti rangka kerja persediaan peperiksaan akhir tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh, maka bertawakallah.

Solat lengkap setiap waktu sambil berdoa secara istiqomah memohon dari Allah dipermudahkan segala urusan, dilapangkan dada dan akal dan dikurniakan jiwa yang tenang.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *