Salah sebuah pusat latihan kemahiran di Muar yang dibangunkan oleh DK Training & Advancement Centre Sdn. Bhd. (DTAC) telah membongkarkan rahsia di sebalik kejayaan pelatih-pelatihnya.
Atas usaha yang gigih dan tidak mengenal putus asas, tenaga-tenaga pengajar yang terlatih telah melatih pelatih-pelatih untuk capai tahap pencapaian yang terbaik!
Buktinya! 80% pelatih-pelatih telah mendapat apa yang diimpikan.
Perkara-perkara yang diimpikan adalah seperti,
Sijil Yang Diiktiraf
Paling penting kerana ia mengukur sejauh mana pencapaian seseorang pelatih dan pusat latihan kemahiran DTAC sentiasa memastikan ianya diiktiraf.
Pengiktirafan tersebut dikurniakan oleh badan-badan kerajaan Malaysia.
Dan pengiktirafan tersebut diakui dan diterima oleh majikan-majikan industri di seluruh Malaysia.
Jaminan Pekerjaan Tetap
Pelatih-pelatih di pusat latihan kemahiran DTAC sentiasa di intai oleh majikan industri-industri di luar sana.
Ini bermakna pelatih-pelatih di sini bakal terus di tawarkan pekerjaan yang bagus dan menjamin masa depan.
Dan terus diserap untuk bekerja secara tetap.
Gaji Yang Berpatutan
Pelatih-pelatih yang tamat latihan di pusat latihan kemahiran DTAC akan juga ditawarkan gaji yang tinggi berpatutan dengan rekod baik pelatih.
Oleh kerana pelatih-pelatih ramai dan memenuhi kehendak industri, maka pelatih-pelatih akan ditapis melalui sesi temuduga oleh syarikat majikan.
Gaji ditentukan mengikut tahap kemahiran masing-masing.
Apakah rahsianya?
Ya, tenaga pengajar di pusat latihan kemahiran DTAC sentiasa memberi komitmen yang jitu untuk memastikan pelatih-pelatih mendapat tempat dalam industri negara.
Antara rahsia pelatih-pelatih di pusat latihan kemahiran menjadi rebutan industri adalah kerana,
Cara Pendekatan Yang Mantap
Tenaga pengajar akan sentiasa memantau tahap kemampuan pelatih untuk menerima impak industri dan sentiasa terbuka dalam latihan.
Jadi, tenaga pengajar sentiasa mencari jalan untuk mendekati pelatih supaya tidak ketinggalan dan benar-benar memahami asas latihan kemahiran.
Pembangunan Jati Diri Yang Tinggi
Pelatih-pelatih di pusat latihan kemahiran tidak pernah ketinggalan dalam program-program seperti,
- Program Kemasyarakatan.
- Program Jati Diri.
- Program Jelajah Minda.
- Program Kerohanian.
Dan secara tak langsung kekuatan fizikal dan mental pelatih dibina secara semulajadi dan terus diaplikasikan dalam kehidupan dan cabaran akan datang.
Sahsiah Diri Yang Padu
Di pusat latihan kemahiran DTAC tidak hanya memandang pada pendekatan mental dan fizikal semata-mata, malah tenaga pengajar mengambil berat tentang didikan kerohanian.
Secara tak langsung, pelatih-pelatih di didik secara dalaman yang membentuk luaran yang padu!
Leave a Reply