Ambilan Julai 2018, Anak Selangor Jalani Latihan Kemahiran Juruteknik Automasi

Ambilan Julai 2018, Anak Selangor Jalani Latihan Kemahiran Juruteknik Automasi

Ambilan Julai 2018, Anak Selangor Jalani Latihan Kemahiran Juruteknik Automasi

Tags :

Category : Buletin

25/07/2018

Awal minggu ini, sebahagian dari pra daftar anak Selangor telah datang pada  hari terbuka pengambilan Julai 2018 di Pusat Latihan Kemahiran DTAC.

Proses pendaftaran berjalan lancar dan mendapat sambutan hangat dari anak-anak yang datang dari Selangor yang ditemani ibubapa masing-masing.

Anak Selangor daftar Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibawah naungan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Bagaimana Anda Dapat Jaminan Pekerjaan 100% Dalam Masa 2 Tahun

Apa yang berlaku kepada Anak Selangor pada hari tersebut?

Ada sebahagian anak Selangor dijemput oleh DTAC di lokasi berkumpul di Selangor dan tiba di DTAC pada tengahari.

Ada sebahagian pula yang datang dengan ibubapa masing-masing.

Kemudian, mereka terus mendaftarkan diri masing-masing di kaunter utama DTAC dan diagihkan barang-barang keperluan yang seperti baju uniform dan lain-lain.

Pada sebelah petang, sebelum masing-masing di hantar ke asrama, mereka diberi taklimat ringkas tentang Pusat Latihan Kemahiran DTAC dan masa depan pelatih.

Anak Selangor Dapat Kerja Yang Terjamin Dalam Masa 2 Tahun

Minggu orientasi bermula pada hari ke 2

Anak Selangor yang telah berdaftar pada kali ini adalah dalam kelas latihan yang ke 28 iaitu batch 28.

Maka bermula sesi perkenalan antara staf, pelatih lama dan pelatih baru dan pengenalan tentang hala tuju mereka serta peraturan keselamatan ketika di bengkel DTAC.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah seperti latihan dalam kumpulan (LDK), bersukan dan penerangan awal ibadah dalam Pendidikan Islam.

Kursus Juruteknik Automasi

Anak Selangor ini membuat pendaftaran dalam kursus Juruteknik Automasi atau dalam nama yang lebih popular, Mekatronik.


Leave a Reply

Arkib

Carian