Anak Selangor Dapat Kerja Yang Terjamin Dalam Masa 2 Tahun

Anak Asnaf Selangor Telah Berjaya Dapat Kerja Yang Terjamin Dalam Masa 2 Tahun

Anak Selangor Dapat Kerja Yang Terjamin Dalam Masa 2 Tahun

Tags :

Category : Buletin

08/05/2018

Anak Selangor, ada berita baik untuk anda! Kami buka tawaran untuk anda sertai Program Sijil Kemahiran Malaysia (Program SKM) pada sesi Julai 2018 ini.

Rakan anda sebelum ini (batch yang lalu) telah berjaya dapatkan pekerjaan yang terjamin dengan jawatan dan gaji yang menarik.

 

Apakah tawaran latihan kemahiran yang ditawarkan kepada anak Selangor?

Anda ditawarkan untuk sertai Program Sijil Kemahiran Malaysia (Program SKM) dalam kursus Automasi Industri (Mekatronik).

Program SKM adalah kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Dan anda, anak Selangor ditawarkan pelbagai keistimewaan.

 

Apakah tawaran istimewa tersebut?

Antara keistimewaan yang disediakan oleh kami untuk anda jika anda sertai Program SKM kami adalah,

 

1. Pembiayaan penuh

Anda dibiayai sepenuhnya kursus latihan dan asrama sepanjang menjalani kursus latihan selama 2 tahun.

 

2. Elaun sara diri

Anda juga diberi elaun sara diri setiap semester untuk perbelanjaan sara diri sepanjang latihan.

 

3. Tempoh latihan singkat

Tempoh pengajian dalam latihan kemahiran adalah singkat iaitu selama 2 tahun tetapi anda tak perlu risau tentang masa depan anda.

Ini adalah kerana semua telah diuruskan pihak pengurusan kami.

 

Apakah tawaran khas yang anda bakal dapat?

Antara tawaran-tawaran khas yang anak Selangor akan dapat adalah,

 

1. Penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Setelah tamat pengajian, anak Selangor dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan kemahiran (JPK).

 

2. Lesen Motosikal B2

Anda juga ketika sedang menjalani latihan di pusat latihan kemahiran ini ditawarkan mengambil lesen motosikal B2 secara PERCUMA!

 

3. 100% jaminan pekerjaan

Semasa anak Selangor masih menjalani latihan kemahiran, mereka terus ditemuduga oleh industri-industri yang telah ada akujanji dengan pusat latihan kami.

Jadi sebelum tamat latihan, anak Selangor sudah tahu dimana dan jawatan apa yang ditawarkan.

 

Apakah syarat-syarat yang diperlukan?

Syarat-syarat yang anda perlukan adalah seperti berikut,

1.   Anak Selangor.

2.  Berumur 17 – 25 tahun.

3.  Lepasan PMR/SPM.

4.  Sihat tubuh badan.

5.  Minat bidang KEMAHIRAN.

Jika ya, anda ditawarkan untuk jalani latihan kemahiran dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kami.

 

Anda berminat?

Jumpa kami pada 12 Mei 2018 (Sabtu), 8.00 pagi hingga 4.00 petang di,

Mahsa Universiti, Saujana Putra Campus, Jalan SP2 Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarum, Selangor Darul Ehsan.

Atau boleh terus pra-daftar untuk kami hubungi anda melalui butang ini,

Daftar Kursus latihan Kemahiran Mekatronik

 

RelatedPost


Leave a Reply

Arkib

Carian