Pusat Latihan Kemahiran DTAC sentiasa prodaktif dalam membantu mereka yang memerlukan terutama anak zakat Selangor dalam bidang pendidikan kemahiran.
Sebagai langkah awal dalam menjadikan bantuan ini satu kenyataan, DTAC buat keputusan yang bijak dengan merangka beberapa strategi.
3 Strategi Bantu Anak Zakat Selangor
Antara strategi yang dirancang adalah seperti,
#1 Lawatan Ke Sekolah Menengah Di Selangor
DTAC sasarkan anak-anak zakat Selangor yang berada di sekolah-sekolah menengah yang berada di Selangor.
Lawatan di lakukan ke setiap sekolah yang bersetuju untuk menerima kunjungan dari DTAC.
Tujuannya agar keciciran anak-anak Selangor yang kurang berkemampuan dapat diatasi.
#2 Dekati Anak Zakat Secara Peribadi
Untuk membantu anak Selangor, DTAC mesti mendekati setiap orang supaya dapat selami masalah mereka.
Cara ini berkesan untuk mengenali lebih dekat dan secara tak langsung dapat berkomunikasi secara langsung dan dapat bertukar maklumat secara tepat.
Lembaga Zakat Selangor Bersama Program SKM, Bantu Anak-anak Asnaf Dalam Kemahiran
#3 Penerangan Dan Kefahaman Tentang Latihan Kemahiran
Yang paling penting adalah maklumat tentang latihan kemahiran dapat dijalankan pada saluran yang betul dan berkesan.
Sangat penting supaya anak-anak Selangor jelas dan faham kepentingan untuk sambung belajar demi masa depan mereka.
Walaupun mereka kurang berjaya dalam bidang akademik, pilihan kedua yang menjamin kerjaya mereka dalah latihan kemahiran.
Kesimpulan
DTAC sentiasa komited untuk membantu mereka yang memerlukan untuk penuhi hasrat dan impian tercapai setiap anak-anak bangsa.
Bantu dan tunjukkan jalan kepada mereka kerana ada antara mereka belum sampai akal untuk berfikir tentang masa depan.
Leave a Reply