Apakah Pelatih Kemahiran Sudah Sedia Hadapi Cabaran Industri 4.0? Lihat Apa Yang Terjadi

Di Malaysia kini, industri negara sedang hadapi cabaran getir apabila terpaksa bersaing dengan negara-negara lain dalam mengejar keseragaman industri dunia.

Pelbagai pihak dalam industri dan kerajaan sedang memperbincangkan hal-hal berkaitan Industri 4.0 supaya tidak ketinggalan jauh.

Ketinggalan bermakna akan terjadi jurang yang sangat besar antara garis kemiskinan dan kekayaan.

Untuk itu, kerajaan dan industri bertungkus lumus mencapai industri 4.0 sehingga anak muda terpaksa mengubah cara kerja dan juga cara hidup.

Sebelum melihat lebih jauh, kenal dulu berkenaan Industri 4.0.

Apa Itu Industri 4.0?

Industri 4.0 adalah singkatan dari revolusi industri yang ke 4 dimana ianya adalah kronologi daripada revolusi industri-industri sebelum ini.

Dunia kini sedang mengimplementasi revolusi industri yang ke 4 atau digelar Resolusi Industri 4.0.

Kronologi Revolusi Industri

Industri dunia telah menghadapi beberapa revolusi bermula dari mula ia diwujudkan. Antara revolusinya adalah,

Revolusi Industri Pertama

Industri pertama yang melalui pahit getir kewujudannya adalah Industri 1.0. Dimana landskap indutri berubah sangat ketara iaitu menggunakan mesin wap.

Revolusi Industri Kedua

Masuk kepada revolusi kedua (Industri 2.0) pula apabila industri dunia beralih arah menggunakan teknologi yang lebih baik iaitu elektrik.

Revolusi Industri Ketiga

Dunia mencapai satu tahap membanggakan apabila industri-industri telah dilatih untuk capai industri moden menggunakan kepakaran dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT).

Pada tahap ini, terlalu jauh perubahan yang berlaku dan membuka jurang lebih jauh apabila ada industri di negara-negara kecil yang ketinggalan.

Revolusi Industri Ke Empat

Tahap yang masih berada di peringkat implementasi dan masih banyak perkara-perkara yang perlu dibincangkan.

Revolusi yang bakal membesarkan lagi jurang garis kemiskinan iaitu industri Internet of Things (IoT).

Perkara-perkara Yang Terlibat Internet of Things (IoT)

Banyak perkara-perkara yang terlibat dalam mengimplementasikan industri 4.0 dalam industri-industri dunia.

Antaranya adalah,

  • Robot Automasi.
  • Sistem Simulasi.
  • Sistem Integrasi.
  • Keselamatan Siber.
  • Pengkomputeran Awan (Cloud).
  • Pembuatan Bahan Tambahan.
  • Analisa Data Besar (Big Data).

Serta industri terpaksa menguji kesemua perkara tersebut dan dapat mengintegrasikan dengan sistem menegak dan melintang.

Soalnya, demi menyahut seruan industri-industri antarabangsa, apakah kita dan pelatih-pelatih industri udah bersedia?

Apakah Yang Bakal Berlaku Kepada Pelatih Kemahiran?

Ya, apa yang bakal berlaku kepada pelatih-pelatih kemahiran dalam Industri 4.0?

Pelatih-pelatih kemahiran yang terlibat menjalani latihan industri automasi atau bidang yang ada kaitan dalam Industri 4.0 bakal mendapat peluang yang sangat cerah di masa hadapan.

Jadi, secara tidak langsung mereka telah terlibat dalam model-model pembangunan Industri 4.0 dan terus menikmati tawaran hebat dan mempunyai kerjaya yang stabil.

Apakah Kaitannya Dengan Pusat Bertauliah DTAC?

Pusat Latihan Kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC) turut sama terlibat secara serius dalam melahirkan pelatih-pelatih kemahiran Industri 4.0.

Pusat latihan kemahiran DTAC adalah salah sebuah Pusat Bertauliah (PB) yang menyediakan latihan kemahiran untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan bakal mengimplementasikan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET).

Apatah lagi industri besar di Melaka, CTRM telah membuat perjanjian MOU dengan DTAC dalam melatih dan melahirkan pekerja mahir Industri 4.0.


Comments

3 responses to “Apakah Pelatih Kemahiran Sudah Sedia Hadapi Cabaran Industri 4.0? Lihat Apa Yang Terjadi”

  1. pyka Avatar
    pyka

    assalamualaikum. saya nak bertanya, apa perbezaan sijil kredit graduat min 60 dengan diploma? adakah kalau saya dah hbis belajar di ikbn , saya tetap kena sambung diploma ?

  2. NURUL AQILAH BINTI JALALUDDIN Avatar
    NURUL AQILAH BINTI JALALUDDIN

    saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan mengikuti program ciast.
    Bagaimana caranya kerana saya memiliki Sijil Ijazah sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kuala Lumpur

    1. Admin Avatar
      Admin

      Terima kasih atas respon puan.

      Atas pengalaman, puan perlu pastikan Ijazah yang dimiliki adalah bidang yang sama bidang iaitu bidang kemahiran.

      Namun jika aliran persijilan puan adalah MQA, masih ada saluran yang perlu puan ikuti seperti ambil program PPT untuk dapatkan persijilan dalam aliran kemahiran dan VTO dari CIAST untuk dapatkan kelayakan menjadi tenaga pengajar.

      Harap dapat membantu dan salam kemahiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *