Category Archives: Aktiviti

Khatam Al-Quran Dan Iftar

Majlis Khatam Al-Quran Dan Iftar Bersama Pelatih Kemahiran

Category : Aktiviti

11/06/2018

Sudah menjadi kebiasaan dan keutamaan setiap tahun pada bulan Ramadan Kareem, kami menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar bersama staf dan pelatih-pelatih.

Program seperti ini sangat dituntut dalam Islam kerana dapat mengimarahkan bulan diturunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Disamping itu dapat bersama-sama menghayati bulan Ramadan Kareem itu sendiri.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam majlis khatam Al-Quran dan Iftar adalah seperti,

#1.  Khatam Al-Quran.

#2.  Gotong-royong persiapan iftar.

#3. Iftar bersama staf dan pelatih.

#4.  Solat berjemaah.

 

Aktiviti-aktiviti Majlis Khatam Al-Quran Dan Iftar

 

Khatam Al-Quran

Semua staf dan pelatih-pelatih terlibat dalam majlis khatam tersebut dan secara tak langsung dapat memperbetulkan bacaan Al-Quran.

 

Gotong-royong Persiapan Iftar

Kebiasaan bagi kami bersama-sama pelatih-pelatih sejak dari dulu adalah bergotong-royong dalam penyediaan atau persiapan untuk berbuka puasa, Iftar.

Ternyata dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara staf dan pelatih-pelatih di samping melatih pelatih-pelatih lebih ringan tulang dalam menjalani kehidupan.

 

Iftar Bersama Staf Dan Pelatih

Setelah seharian menjalankan aktiviti khatam Al-Quran dan persiapan juadah bebuka puasa, tiba masa untuk berbuka bersama-sama pada waktu berbuka.

Suasana seperti berbuka puasa bersama-sama keluarga masing-masing.

 

Solat Berjemaah

Rasanya tidak lengkap apabila semua aktiviti dijalankan bersama tapi tidak pula solat secara berjemaah.

Untuk lebih penghayatan dan mensyukuri nikmat Allah, staf dan pelatih-pelatih DTAC bersama-sama solat secara berjemaah.

Bermula aktiviti pagi dengan solat sunat Dhuha berjemaah.

Kemudian solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah.


Pertandingan Kayak 2015, Erat Silaturrahim

Category : Aktiviti

11/02/2015

pelajar terlampau ghairah

Sekali lagi DTAC menganjurkan Pertandingan Kayak bagi tahun 2015 yang bertempat di D’Dilla Camping Resthouse & Chalet, Sungai Balang Besar, Muar, Johor.

Penyertaan kali ini lebih ramai dari pertandingan kayak yang lepas iaitu seramai 66 orang. Ini termasuklah staff, ahli jawatankuasa dan pelatih-pelatih.

Ahli Jawatan Kuasa Pertandingan Kayak 2015

Ahli-ahli jawatan kuasa (AJK) bagi aktiviti Pertandingan Kayak 2015 adalah,

  1. Muhamad Shariz Bin Zaini (Ketua Program).
  2. Adam Bin Mohd Solihin (AJK Bahan).
  3. Mohammad Ezuan Bin Muhd Ros (AJK Peralatan).
  4. Muhammad Muslih Bin Mohamad Som (AJK Kebersihan).
  5. Muhammad Aliffudin Bin Mat Yahya (AJK Makan).

Objektif Pertandingan Kayak 2015

Peserta-peserta dapat memupuk dan melahirkan norma-norma berpasukan yang baik dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Dapat mendedahkan kepada peserta-peserta tentang teori-teori dan praktikal berkayak disamping menimba pengalaman baru yang jarang dirasai masyarakat umum.

Yang paling utama adalah program seperti ini dapat menguji tahap ketahanan mental dan kecerdasan fizikal peserta-peserta.

 Hubungan Silaturrahim

Oleh kerana peserta-peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar dari batch yang berlainan dan staf-staf, AJK telah membahagikan kumpulan kepada 4 kumpulan yang bercampur-campur.

Kumpulan-kumpulan yang bercampur-campur antara satu sama lain menjadi kekuatan dalam memperhebatkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.

Ini dapat menguatkan lagi kerjasama apabila masing-masing telah kenal diri masing-masing lebih rapat.

Teori & Praktikal

Dalam kemahiran dan apa sahaja perbuatan yang mendatangkan kebaikan sangat perlu kepada teori yang jelas yang mana akan memperlihatkan praktikal yang terbaik.

Begitu juga dalam permainan kayak, kepada mereka yang lebih memahami aspek keselamatan dan mengambil berat akan teorinya, maka mereka akan lebih berdaya saing dalam soal praktikalnya.

Ketahanan Mental & Fizikal

Yang paling apabila aktiviti seperti ini dianjurkan adalah dapat menguji ketahanan mental & fizikal masing-masing. Logiknya mereka yang dapat bertahan adalah mereka yang bakal mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Disamping itu juga, peserta-peserta dapat menjadikan aktiviti seperti ini sebahagian dari cara hidup dalam mengekalkan kesihatan dan kecergasan berfikir.

Kesimpulannya, setiap perkara yang baik dilakukan ada perkara lain yang elok dijadikan contoh dan perlu diteladani.

Untuk galeri gambar, sila ke pautan berikut –  Kayak Sungai Balang 2015.


Program Jelajah Minda, SMK Sungai Abong

Category : Aktiviti

04/10/2013

Program Jelajah Minda SMK Sungai Abong

Program Jelajah Minda (PJM) kali ini adalah anjuran bersama SMK Sungai Abong yang melibatkan seramai 45 orang pelajar dan ditemani oleh 3 orang guru kaunselingnya.

Pelajar-pelajar dan guru-guru yang hadir disambut mesra dari pihak pusat latihan dan terus dibawa ke dewan utama.

Moderator yang mengendalikan program ini adalah Encik Mursyid Auf.

Pengenalan Program Latihan Kemahiran

Program Jelajah Minda, SMK Sungai Abong

Slot berikutnya diserahkan kepada Pengurus Pusat Bertauliah, Puan Siti Maizon untuk memecahkan kebuntuan pelajar-pelajar dalam menimba ilmu dengan betul dan memberi jalan mudah untuk berjaya.

Dalam slot yang sama juga, diterangkan panjang lebar tentang aliran kemahiran yang semakin popular kini.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Program Jelajah Minda, SMK Sungai Abong

Slot berikutnya, pelajar-pelajar diagih-agihkan mengikut kumpulan untuk menyertai aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).

Aktiviti ini mengikut kumpulan masing-masing akan memasuki setiap bengkel-bengkel dan secara ringkas menjalani latihan kemahiran oleh tenaga pengajar yang terlatih.

Bengkel-bengkel yang disertai pelajar-pelajar adalah seperti bengkel elektronik, bengkel elektrik, bengkel pneumatik dan bengkel motivasi.

Pelajar-pelajar juga dalam kumpulan diuji dengan menjalani praktikal mengikut kefahaman masing-masing dalam latihan ringkas.

Demi Sesuap Nasi

Dalam slot “Demi Sesuap Nasi” pelatih-pelatih diuji fizikal dan mental untuk mendapatkan bekalan makanan untuk makan tengahari.

Ujian seperti ini mampu untuk memberi kesan kepada pelajar-pelajar tentang bagaimana menghargai sesuatu perkara dan mesti berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Sijil Penyertaan & Perpisahan

Program Jelajah Minda, SMK Sungai Abong

Program berlangsung sepanjang 4 jam dan berlangsung dengan jayanya dan tahniah kepada kerjasama yang diberikan oleh SMK Sungai Abong.

Program berakhir dengan ucapan ringkas dari wakil guru dan pengurus pusat latihan.

Sijil penyertaan dberikan kepada semua pelajar-pelajar yang terlibat dan cenderahati untuk guru-guru dan sekolah.

Klik – Program Jelajah Minda, SMK Sungai Abong.


Program Jelajah Minda, SMK Bukit Naning

Category : Aktiviti

11/09/2013

Program Jelajah Minda, SMK Bukit Naning

Program Jelajah Minda telah berlangsung dan antara sekolah yang terawal menyertainya adalah SMK Bukit Naning, Muar, Johor.

Rombongan terdiri daripada 44 orang pelajar dari Tingkatan 5 dan ditemani 2 orang guru kaunseling.

Ketibaan rombongan sangat dialu-alukan dan disambut dengan ramah mesra dari pihak Pusat Latihan Bertauliah DK Training & Advancement Centre (DTAC).

Pengenalan Program Latihan Kemahiran

Program Jelajah Minda, SMK Bukit Naning

Ucapan alu-aluan dan ucapan penuh tentang “Pengenalan Program Latihan Kemahiran” yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Bertauliah, Puan Siti Maizon.

Pelajar-pelajar SMK Bukit Naning didedahkan dengan perbezaan antara aliran akademik dan aliran kemahiran.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Program Jelajah Minda, SMK Bukit Naning

Kemudian sesi berikutnya, pelajar-pelajar yang terlibat diagihkan dalam beberapa kumpulan untuk memudahkan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).

Dalam gambar di atas adalah contoh dimana Puan Anissa menunjukkan bagaimana sistem pneumatik berfungsi melalui kit latihan pneumatik.

Selepas diterangkan satu persatu berkenaan pneumatik, pelajar-pelajar mengikut kumpulan akan diberi peluang untuk mencuba mengikut diagram yang disediakan.

Demi Sesuap Nasi SMK Bukit Naning

Program Jelajah Minda, SMK Bukit Naning

Paling menarik apabila pelajar-pelajar SMK Bukit Naning diuji dalam aktiviti LDK dalam slot “Demi Sesuap Nasi” yang merupakan aktiviti yang menguji kekuatan mental mereka.

Hampir waktu tengahari, perut kelaparan, diuji pula untuk dapatkan sesuap nasi mereka terpaksa diuji dengan pelbagai soalan dari fasilitator.

Sijil Penyertaan & Perpisahan

Program Jelajah Minda, SMK Bukit Naning

Program yang berlangsung setengah hari berakhir dengan jayanya dan guru-guru dan pelajar yang terlibat berpuas hati.

Akhir sekali pihak DTAC melalui Puan Siti Maizon memberikan cenderahati dan sijil penyertaan kepada yang terlibat.

Klik puatan ini untuk melihat galeri penuh Program Jelajah Minda bersama SMK Bukit Naning.

 


Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3 Bahagian 2

Category : Aktiviti

16/07/2013

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3 diteruskan dengan majlis rasmi iaitu Majlis Penyampaian Sijil kepada graduan yang telah tamat latihan di pusat latihan kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC).

Catatan yang lalu Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3 adalah bahagian pertama.

Penyampaian Sijil

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen

Barisan hadapan adalah graduan yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang terdiri dari pengambilan batch 4 dan batch 5.

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen

Barisan berikutnya pula adalah graduan dari batch 3, batch 6, batch 7 dan batch 9 yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Acara diteruskan dengan majlis makan malam yang telah dianjurkan setiap tahun selepas majlis konvokesyen.

Makan Malam Dan Persembahan

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen

Setelah majlis rasmi ditutup, majlis diteruskan dengan majlis tak rasmi iaitu majlis makan malam tahunan dan diserikan lagi dengan persembahan-persembahan dari pelatih-pelatih sendiri.

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen

Beberapa lagi aktiviti yang menarik perhatian telah diadakan hasil kreativiti pelatih-pelatih lain dan staf yang terlibat.


Sukan Mingguan

Category : Aktiviti

27/06/2013

Sukan Mingguan

Sukan mingguan adalah satu slot yang disediakan oleh pihak DK Training & Advancement Centre (DTAC) demi untuk pelatih-pelatihnya. Slot tersebut ditetapkan pada setiap minggu pada pagi Selasa.

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

– petikan dari Wikipedia.

Tujuan Sukan Mingguan

Sukan Mingguan

Sukan mingguan diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan pelatih-pelatih yang aktif fizikal. Secara tak langsung dapat merangsang kecerdasan mental dalam menjalani latihan kemahiran yang lebih berkesan.

Sekurang-kurangnya sekali seminggu pelatih-pelatih mengeluarkan peluh disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara pelatih-pelatih dan tenaga pengajar.

 Jenis-jenis Sukan

Sukan Mingguan

Kebiasaannya jenis aktiviti sukan yang dijalankan adalah bergantung kepada jumlah pelatih yang terlibat. Jika penyertaannya ramai maka sukan yang dipilih adalah yang boleh melibatkan ramai pemain.

Sukan yang dijalankan akan bersilih ganti mengikut kategori sama ada sukan moden atau pun sukan tradisional.

Antara jenis-jenis sukan mingguan yang dijalankan,

  • Futsal.
  • Bola Jaring.
  • Baling Selipar.
  • Galah Panjang.

 Matlamat

Sukan sememangnya diiktiraf sebagai salah satu aktiviti yang melibatkan kesihatan tubuh badan, jadi kami turut menjadikan salah satu aktiviti mingguan untuk pelatih-pelatih.

Yang paling penting, kesihatan pelatih terjamin disamping sentiasa dalam menjaga hubungan murni antara satu sama lain.


Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3

Category : Aktiviti

26/06/2013

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3

Saban tahun DK Training & Advancement Centre (DTAC) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen (MMMK) untuk meraikan pelatih-pelatih yang telah tamat latihan kemahiran di kolej kami.

Pelatih-pelatih latihan kemahiran yang diraikan dalam MMMK adalah yang telah tamat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3.

Sebelum ini, DTAC telah mengajurkan Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 1 dan Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 2.

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen kali 3 (MMMK3) telah berlangsung di Hotel Pelangi, Muar, Johor pada 27 April 2013, bermula jam 7.30 malam – 11.00 malam.

Antara yang diraikan adalah pelatih-pelatih dari batch 3 – batch 7 dan batch 9 yang terdiri dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3.

Pendaftaran Tetamu

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3

Tetamu mula memenuhi ruang lobi untuk mendaftar kehadiran masing-masing yang terdiri daripada jemputan-jemputan kehormat (VIP), wakil penaja dan ibu bapa pelatih dan wakil penjaga pelatih.

Ucapan Pembukaan Dan Perasmian

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3

Ucapan pertama dari Pengurus Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah iaitu Puan Siti Maizon yang banyak menyentuh berkenaan peningkatan pelatih-pelatih yang menyertai kolej dan juga masa depan pelatih.

Antara ucapannya,

Tahniah kepada semua graduan diatas daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran. Dan ternyata segala usaha dan pengorbanan membuahkan hasil.

Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3 dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan yang secara tak langsung banyak memberi inspirasi dan galakan kepada pelatih-pelatih untuk meneruskan latihan ke peringkat lebih tinggi di dalam aliran kemahiran.

 

 


Berkayak Di Sungai Balang

Category : Aktiviti

21/06/2013

Berkayak Di Sungai Balang

Setiap tahun kami anjurkan aktiviti untuk mendapat keseimbangan dalam pembangunan fizikal, mental dan menambah baik perhubungan social antara pelatih-pelatih kami.

Kali ini aktiviti yang dianjurkan adalah Aktiviti Berkayak Di D’Dilla Camping Resthouse & Chalet Kampung Sungai Balang Besar, Muar, Johor.

Ketua Dan Ahli Jawatan Kuasa

Aktiviti kali ini diuruskan oleh pelatih-pelatih dari Batch 10 yang terdiri dari,

  1. Faiez Naim (Ketua)
  2. Fazihah (Setiausaha)
  3. Ahmad Shah (AJK)
  4. Amar (AJK)
  5. Hafiz (AJK)

Agihan Kumpulan

Berkayak Di Sungai BalangAhli jawatan kuasa (AJK) aktiviti berkayak berkumpul bersama-sama pelatih-pelatih yang lain untuk diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut tugas masing.

Tugas-tugas yang dipertanggungjawab adalah seperti tugas-tugas memasak, menyediakan minuman, urusan aktiviti dan lain-lain.

Pelatih-pelatih juga diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk sesi aktiviti berkayak yang juga akan diadakan pertandingan antara kumpulan-kumpulan terbabit.

Taklimat Keselamatan

Berkayak Di Sungai Balang

Tiba di lokasi yang ditetapkan, pelatih-pelatih bertenang sambil mendengar taklimat keselamatan ketika berkayak di lokasi tersebut. Taklimat keselamatan tersebut adalah penting untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

 Bermula Berkayak

Berkayak Di Sungai Balang

Selesai bersarapan pagi, aktiviti dimulakan dengan latihan cara-cara mengendalikan kayak dan membiasakan pelatih-pelatih mengendalikan kayak. Secara bergilir-gilir pelatih meneruskan aktiviti dan kelihatan semakin lama semakin seronok.

Acara latihan dimulakan mengikut kumpulan-kumpulan yang diagihkan sebelum ini. Latihan berlangsung sehingga tengahari dan selepas itu pelatih-pelatih bergotong-royong dalam persediaan makan tengahari.

Pertandingan

Berkayak Di Sungai Balang

Selepas makan tengahari dan solat Zohor berjemaah, acara yang dinantikan semua staf dan pelatih tiba. Pertandingan dimulakan mengikut agihan kumpulan yang telah ditetapkan oleh ahli jawatan kuasa (AJK).

Dalam acara akhir ini kelihatan pelatih-pelatih bersorak kegembiraan menyokong kumpulan masing-masing secara tak langsung mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara pelatih dan staf.


Arkib

Carian