Elektronik, Kemahiran Mekatronik

Elektronik Latihan Kemahiran

Elektronik merupakan salah satu bidang yang diserapkan dalam bidang Mekatronik yang merupakan gabungan beberapa bidang lain. Oleh sebab itu, bidang Mekatronik membuka peluang kerjaya lebih luas dan menarik lebih banyak tarikan pelatih.

Definisi Elektronik

PCB Elektronik Latihan KemahiranElektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj.

Maka, subjek berkaitan yang ditawarkan merupakan pembelajaran berkaitan dengan analisis litar elektronik.

Pada permulaan pembelajaran pelatih akan di ajar simbol-simbol serta fungsi komponen.

Komponen-komponen secara umumnya akan disambungkan bersama-sama, pada kebiasaannya akan dipaterikan pada papan litar bercetak, untuk membina sebuah litar elektronik mengikut fungsi-fungsi tertentu.

Komponen-komponen

Komponen ElektronikKomponen-komponen yang berkaitan merupakan alat yang dapat menghubungkan satu sama lain antara setiap komponen dan juga berfungsi untuk mengawal setiap arus mengikut fungsi setiap komponen.

Rajah menunjukkan antara komponen-komponen yang sering digunakan pelatih dalam melakukan projek dalam bengkel. Contohnya seperti kapasitor, induktor, perintang, diod, transistor dan lain-lain.

Kebiasaannya setiap komponen-komponen yang diperlukan akan dipateri pada papan litar bercetak.

Pelatih perlu pengetahuan asas tentang komponen-komponen serta fungsi-fungsinya untuk membina sesuatu jenis alatan yang berkenaan.

Litar Skematik

Litar Elektronik Latihan Kemahiran

Diagram di atas adalah salah satu contoh lukisan litar sebelum setiap pelatih membangunkan dalam bentuk fizikal.

Diagram tersebut juga menunjukkan sambungan antara satu komponen dengan komponen yang lain yang akan menghasilkan aliran arus elektrik.

Setiap komponen-komponen yang diperlukan perlulah dirancang untuk berfungsi dan mengambil kira fungsi-fungsi setiap komponen dan disambung di atas papan litar bercetak untuk projek yang lebih besar.

 

RelatedPost


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *