Ibubapa adalah orang paling penting dalam kehidupan anak-anak terutama dalam mendidik tentang asas hidup dan pelajaran.
Oleh itu menjadi tanggungjawab ibubapa dalam mengatur dan menunjukkan arah atau jalan yang terbaik untuk anak-anak.
Termasuk dalam menentukan hal kerjaya dan masa depan anak-anak.
Namun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Apakah Masalah Yang Sering Dihadapi Ibubapa?
Masalah utama adalah ada ibubapa yang tak peka dengan apa yang anak-anak mereka mahu, suka atau minati.
Sehingga terabai keinginan dan kebolehan anak-anak.
Perkara ini adalah serius kerana ia melibatkan psikologi anak-anak terbantut sehingga terbawa apabila dewasa.
Apakah Yang Akan Terjadi Kepada Anak?
Anak-anak ini akan memberontak dalam diri kerana tidak diendahkan perasaannya, kemahuannya dan kebolehannya.
Kebanyakkan ibubapa mahukan anak-anak menjadi seperti apa yang mereka rancangkan.
Sedangkan anak-anak punyai pandangan mengikut minat dan apa yang disukai mereka.
#1 Anak Belum Matang Fikiran
Ada anak-anak walaupun sudah besar tapi masih ingin bermain-main dan serius dalam pendidikan.
Anak-anak belum faham apa yang berlaku disekitarnya dan tentang masa depan.
#2 Sistem Akademik Yang Memeningkan
Sistem akademik sekarang yang terlalu mengejar arus kemodenan sedangkan ada di antara anak-anak yang agak perlahan.
Ini bergantung kepada bagaimana cara ibubapa memberi pendidikan awal di rumah tapi ianya bukan alasan untuk berjaya.
#3 Tidak Berminat Dalam Bidang Akademik
Ini paling kritikal sehingga boleh menjejaskan keseluruhan psikologi anak-anak sehingga dewasa.
Biasanya ibubapa lambat untuk kesan atau mungkin tidak endahkan tentang perkara ini.
Apa Yang Ibubapa Perlu Lakukan Untuk Atasinya?
Ibubapa diberi amanah untuk menjaga sebaik mungkin tanpa memusnahkan masa depan mereka kerana sedikit kecil hati bakal jadi masalah besar pada akan datang.
Ibubapa sepatutnya mendengar masalah anak-anak dan lihat apa yang mereka minati dan buat keputusan berdasarkan perbincangan.
Ini adalah antara jalan penyelesaiannya.
#1 Ambil Berat Dan Bincang
Ibubapa mesti ambil berat akan masa depan anak-anak dengan cara sentiasa berkomunikasi dan bertanya apa yang terjadi kepada mereka hari-hari.
Ini untuk memastikan anak-anak dapat merasakan kasih sayang dan terasa di ambil berat.
Sesuatu kejayaan bukan hanya mereka hebat dalam akademik, malah sudah terbukti ramai yang lebih berjaya apabila mereka belajar latihan kemahiran.
#2 Sistem Latihan Kemahiran Yang Terurus Dan Mudah
Kegagalan anak-anak dalam peperiksaan seperti PMR, PT3 dan SPM adalah bukan jalan mati atau kegagalan keseluruhan hidup.
Mungkin sahaja mereka tidak berminat dalam bidang akademik tetapi mereka sangat berminat dalam bidang kerja tangan seperti bidang kemahiran.
#3 Latihan Kemahiran Bidang Yang Diminati
Antara jalan penyelesaiannya adalah jalan dibiarkan anak-anak terbiar selepas mereka gagal PMR, PT3 atau SPM, malah tunjukkan jalan.
Anak muda masih belum mampu untuk fikirkan apa yang mereka benar-benar minati dan tidak faham akan masa depannya.
Tugas ibubapa untuk memupuk anak-anak agar tidak putus asa dan terus berusaha untuk capai yang diminati.
Latihan kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran, Pusat Bertauliah (PB) DTAC adalah salah satu pilihan untuk anak-anak capai kerjaya yang terjamin.
Berminat Untuk Hantar Anak Dalam Latihan Kemahiran?
Masih belum terlambat untuk ibubapa yang inginkan anak-anak berjaya, berdikari dan celik agama.
Daftarkan anak-anak anda segera! Klik butang daftar dibawah
Leave a Reply