Latar Belakang Syarikat

Bangunan Kursus Kemahiran Mekatronik

DK Training & Advancement Centre Sdn Bhd (DTAC) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada akhir 2009 dan merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam penubuhan Pusat Bertauliah (PB) yang menjalankan latihan kemahiran, Pusat Latihan Kemahiran (PLK).

Pusat Latihan Kemahiran DTAC telah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) atau dulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Malaysia.

Kursus-kursus Di Pusat Latihan Kemahiran DTAC

Pusat Latihan Kemahiran DTAC menjalankan kursus-kursus seperti berikut,

#1  Kursus Juruteknik Automasi (H-176-2).

#2  Kursus Juruteknik Automasi Kanan (H-176-3).

Program-program Di Pusat Latihan Kemahiran DTAC

Selain itu, Pusat Latihan Kemahiran DTAC juga berpengalaman dan giat menganjurkan bengkel atau program-program jangka pendek seperti,

#1  Bengkel Kecemerlangan Akademik bagi pelajar-pelajar sekolah.

#2  Bengkel Pengurusan Organisasi dan Seminar Kerjaya bagi pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi.

#3  Bengkel Pembangunan Usahawan bagi mana mana organisasi dan lain-lain bengkel mengikut permintaan organisasi.

Bagi memenuhi tanggungjawab sosial, Pusat Latihan Kemahiran DTAC tampil memberi sedikit pendedahan berkaitan program-program latihan kemahiran yang ditawarkan di Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah dalam bengkel yang diadakan secara percuma di sekolah-sekolah.

Harapan kami agar semua belia-belia di luar sana akan mempunyai taraf kehidupan terjamin selepas tamat persekolahan nanti.

Dengan adanya kakitangan syarikat dan tenaga pengajar yang mempunyai kredibiliti dan komitmen berterusan, Pusat Latihan Kemahiran DTAC yakin akan mengeluarkan lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang berkemahiran dalam menyumbangkan modal insan kepada pertumbuhan ekonomi negara dekad ini.

Selari dengan hasrat kerajaan, DTAC juga yakin mampu melahirkan generasi berpengetahuan tinggi dan mempunyai motivasi diri yang tinggi bagi menjadi waris kepimpinan negara melalui program-program yang dijalankan.

Matlamat Pusat Latihan Kemahiran DTAC

Pusat Latihan Kemahrian DTAC ditubuhkan dengan matlamat memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pendidikan serta sahsiah diri.

Pusat Latihan Kemahiran DTAC merupakan “Your One Stop Center” untuk pelanggan kami mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada gabungan pakar-pakar motivasi, akademik dan konsultan bumiputera.

Program dan modul latihan yang dikendalikan menjurus kepada pelbagai aspek serta mengambil kira arus perubahan pendidikan hari ini.

Kami berpengalaman dalam mengendalikan kursus serta seminar untuk peringkat sekolah dan organisasi kerajaan, korporat dan profesional.

Fokus kami adalah untuk memberikan sokongan dan bimbingan dalam meningkatkan dan melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang.

Visi Pusat Latihan Kemahiran DTAC

Menjadi kolej kemahiran terunggul yang menyediakan program latihan kemahiran berkesan dan sistematik di Malaysia.

Misi Pusat Latihan Kemahiran DTAC

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar gagal/tercicir terutamanya menimba ilmu latihan kemahiran dan seterusnya menjadi tenaga kerja mahir demi masa hadapan yang lebih seimbang.


Arkib

Carian