Organisasi Pengurusan

Staff Kursus Kemahiran Mekatronik

Organisasi pengurusan sangat penting untuk sesebuah syarikat kerana ianya bertindak sebagai tulang belakang dan sama-sama bertungkus lumus untuk memastikan syarikat berdiri bersaing di dalam industri negara.

Pusat Bertauliah (PB), Pusat Latihan Kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC) tidak mampu berdiri tanpa staff-staff yang bertindak sebagai tulang belakang dalam menguruskan dalam segala aspek pengurusan syarikat.

Pengarah Urusan

Puan Siti Maizon Binti Daim @ Mohamad Amin adalah selaku Pengarah Urusan dan yang bertanggungjawab membangunkan Pusat Bertauliah (PB), Pusat Latihan Kemahiran DTAC ini.

Pengarah Urusan Kursus Kemahiran Mekatronik

Beliau juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Utara Malaysia 1998.

Beliau merupakan anak jati Johor mempunyai pengalaman yang luas dan telah melibatkan diri dalam dunia pendidikan sejak 10 tahun yang lalu.

Kerjaya terakhir beliau adalah di institusi pengajian tinggi swasta sebagai Ketua Eksekutif di Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint cawangan Muar.

Beliau yang ditugaskan sebagai Pengetua juga telah bertanggungjawab untuk menguruskan keseluruhan bahagian operasi dan akademik ketika di kolej berkenaan.

Latar belakang pendidikan dan pengalaman beliau tidak disia-siakan malah terus mengaplikasikan dalam diri beliau.

Dengan berbekalkan pengalaman berharga tersebut beliau yakin untuk membuka dan menguruskan Pusat Latihan Kemahiran ini dengan modal sendiri.

Matlamat beliau adalah dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam bidang akademik dan yakin peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran ini tidak sewajarnya disia-siakan oleh belia-belia lepasan SPM demi masa depan yang lebih terjamin.

Ini terbukti apabila beliau sehingga kini berjaya menguruskan Pusat Latihan Kemahiran DTAC ini ke taraf yang lebih tinggi dalam beberapa tahun ini.

Eksekutif Pentadbiran

Puan Rafidah Binti Abd Razak bertanggungjawab dalam memastikan Pusat Latihan Kemahiran DTAC terus kukuh dalam aspek pengurusan pentadbiran.

Eksekutif Pentadbiran Kursus Kemahiran Mekatronik

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kemahiran dan memegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Mekanik Teknologi Elektronik Tahap 1 & Tahap 2 yang diperolehi ketika menuntut di Institut Latihan Perindustrian Melaka pada 1999.

Sebagai staf yang paling kanan dengan Pengarah Urusan, beliau sentiasa memastikan sistem pentadbiran seperti dokumentasi dan sistem pendaftaran pelatih dikemaskini dan sentiasa mencapai piawaian yang dikehendaki.

Pegawai Pembangunan Perniagaan

En Alfi Afham Bin Ishak mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Pengeluaran (2005-2006) dari Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Batu Pahat dan memegang Sijil Vocational Training Officer (VTO) dari CIAST (2008-2009).

Beliau bertanggunjawab memberi latihan kemahiran dalam peralatan Mekanikal dan melatih menggunakan aplikasi Computer Aided Design (CAD).

Beliau juga diberi tanggungjawab untuk menjaga hal ehwal pelatih-pelatih terutama menjaga disiplin dan memberi kaunseling kepada pelatih.

Eksekutif Pemasaran

Staff Eksekutif PemasaranNur Nasihah Binti Hamdan merupakan orang penting dalam memastikan perjalanan pusat latihan kemahiran ini terus mendapat tempat di pasaran. Beliau bertugas sebagai Eksekutif Pemasaran.

Beliau memegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Mekatronik Tahap 3 lepasan pusat latihan kemahiran DK Training & Advancement Centre. Beliau merupakan bekas pelajar di pusat latihan ini.

Pengetahuan beliau dalam bidang kemahiran dijadikan sandaran dalam memperkenalkan pusat latihan ini kepada orang ramai.