Tenaga Pengajar

Pengajar Kursus Kemahiran Mekatronik

Pusat Bertauliah (PB) DK Training & Advancement Centre (DTAC) selaku Pusat Latihan Kemahiran DTAC yang bertauliah yang memberi latihan kemahiran dibantu oleh tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan mengajar dan berpengalaman dalam melatih pelatih.

Ketua Tenaga Pengajar

Ketua Tenaga Pengajar Pusat Latihan KemahiranPuan Noor Isma Binti Md Idris mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari Advance Technology Training Centre (ADTEC) Batu Pahat (2006) dan memegang Sijil Vocasional Training Officer (VTO) dari Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) 2010.

Selaku ketua tenaga pengajar dan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD), beliau membantu dalam menguruskan hal ehwal tenaga-tenaga pengajar dan hal ehwal pelatih-pelatih.

Beliau juga antara tenaga pengajar yang paling lama bertugas di Pusat Latihan Kemahiran DTAC dan mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan kerja-kerja mengajar dan keperluan pelatih dalam latihan.

Tenaga Pengajar 1

Puan Nur Annisa Binti Haisah mempunyai kelulusan Diploma Teknologi Mekatronik dari Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat (2008) dan memegang Sijil Vocasional Training Officer (VTO) dari Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) 2010.

Tenaga Pengajar Kursus Kemahiran Mekatronik

Beliau antara tenaga pengajar yang lama berkhidmat dengan Pusat Latihan Kemahiran DTAC dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang Pneumatik dan Programmable Logic Controller (PLC).

Beliau juga merupakan tenaga pengajar yang menguruskan program-program dalam pusat latihan dan luar pusat latihan.

Antara program-program tetap yang diadakan diadakan setiap tahun adalah program amal, program jati diti, program silaturrahim dan banyak lagi.

Tenaga Pengajar 2

Tenaga Pengajar Pusat Latihan KemahiranEn Nashruddin Bin Nordin mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka (2012) dan memegang Sijil Vocasional Training Officer dari Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).

Beliau juga merupakan salah yang penting dalam urusan pemasaran dimana menguruskan pengambilan pelatih-pelatih baru.

 

Tenaga Pengajar 3

En Muhammad Mursyid Auf Bin Mohd Arifin mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DKM) dari Institut Teknikal Japan Malaysia (JMTI) dan memegang Sijil Vocasional Training Officer dari Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).

Pengajar Kursus Kemahiran Mekatronik

Beliau banyak membantu dalam latihan kemahiran dalam kejuruteraan Elektrik yang merupakan juga salah satu kursus yang terkandung dalam latihan kemahiran Mekatronik.

Beliau juga bertanggunjawab dalam menguruskan hal ehwal pelatih-pelatih di asrama.

Tenaga Pengajar 4

Puan Nor Auzani Binti Mohd Shariff mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DKM) dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Batu Pahat dan memegang Sijil Vocasional Training Officer (VTO) dari Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).

Pengajar Kursus Kemahiran Mekatronik

Tenaga Pengajar 5

En Rohaizat Bin Jaafar mempunyai kelulusan Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional Teknologi Mekatronik dari CIAST  dan memegang Sijil Vocasional Training Officer dari Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).

Pangajar Kursus Kemahiran Mekatronik

 


Arkib

Carian