Apa Itu Kemahiran Mekatronik? Jom Lihat Kepentingannya Kepada Anda!

Apa Itu Kemahiran Mekatronik? Jom Lihat Kepentingannya Kepada Anda!

Tags :

Category : Artikel

13/12/2017

Kemahiran Mekatronik sebenarnya satu bidang yang masih baru dalam landskap latihan kemahiran negara kita dan masih ramai orang awam yang tidak tahu tentangnya.

Dulu, bidang kemahiran Mekatronik hanya segelintir orang awam sahaja yang mencuba nasib.

Tapi kini, bidang kemahiran Mekatronik sudah menjadi rebutan!

Apatah lagi Kemahiran Mekatronik berkait rapat dengan usaha kerajaan dalam membangunkan Industri 4.0 melalui Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Namun masih ramai yang belum kenal, “Apa itu Mekatronik?”.

Sebelum perbincangan masuk ke fasa lebih jauh, mari kita berkenalan.

Apa Itu Kemahiran Mekatronik?

Kemahiran adalah satu perbuatan yang menunjukkan kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu.

Mekatronik pula adalah hasil gabungan dari 4 bidang asas kejuruteraan iaitu,

#1  Kejuruteraan Mekanikal.

#2  Kejuruteraan Elektronik.

#3  Kejuruteraan Komputer.

#4  Kejuruteraan Sistem Kawalan.

Kemahiran Mekatronik menunjukkan kepakaran dan kepandaian dalam menguasai gabungan kejuruteraan tersebut.

Asas Kemahiran Mekatronik

Lazimnya seperti bidang kemahiran yang lain, ilmu-ilmu asas akan diterapkan dulu kepada semua pelatih.

Kemahiran Mekatronik terus bermula pada Tahap 2 iaitu mengetahui ilmu-ilmu dan subjek asas dan mengenal sifat-sifat alatan dalam kejuruteraan komputer, kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan mekanikal.

Pelatih sangat diberi perhatian dalam ilmu asas supaya mudah untuk fahami latihan peringkat lebih tinggi.

Pada Tahap 3, pelatih akan mula menjalani latihan secara amali iaitu sudah mula membuat projek akhir Mekatronik.

Antara yang menjadi kebiasaan pelatih dalam mengaplikasikan Mekatronik adalah membina mesin dan robot.

Apakah Kepentingan Kemahiran Mekatronik?

Dunia semakin maju dan canggih hasil dari gabungan revolusi kejuruteraan-kejuruteraan sebelumnya dan menjadi sandaran kemajuan sesebuah negara.

Kemahiran Mekatronik sangat penting kerana ia adalah salah satu bidang yang punyai kesemua keperluan dalam Industri 4.0.

Zaman ini sudah banyak diimplementasikan teknologi hasil gabungan kejuruteraan tersebut pada gajet-gajet, mesin dan kawalan sistem industri.

Berminat Jalani Latihan Kemahiran Mekatronik?

Klik butang dibawah untuk pra-daftar!

Daftar Kursus latihan Kemahiran Mekatronik


Leave a Reply

Arkib

Carian