Konvokesyen 2018, Rai Pelatih Kemahiran Dalam Suasana Taman

Majlis Konvokesyen 2018, Rai Pelatih Kemahiran Dalam Suasana Taman

Konvokesyen 2018, Rai Pelatih Kemahiran Dalam Suasana Taman

Tags :

Category : Buletin

03/05/2018

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Konvokesyen 2018 bagi meraikan pelatih-pelatih yang telah tamat latihan kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran DTAC.

Majlis Konvokesyen 2018 adalah majlis yang diadakan buat kali ke 6 dan berlaku setiap 2 tahun sekali.

Konvokesyen 2018 meraikan pelatih-pelatih yang dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, Tahap 2 dan RAISE.

Konvokesyen 2018 Dalam Suasana Taman

Konvokesyen 2018 dirai dalam suasana yang berlainan dari majlis konvokesyen sebelum ini iaitu dibuat dalam suasana taman.

Majlis kali ini lebih santai dan lebih tenang kerana diadakan dalam keadaan sekeliling yang terbuka dan segar.

Ikuti kronologi majlis konvokesyen 2018 mengikut aturcara,

Kehadiran Graduan Dan Tetamu

Konvokesyen 2018, Kehadiran Graduan Dan Tetamu

Kehadiran Graduan Dan Tetamu

Seawal jam 2.00 petang, lokasi konvokesyen telah dipenuhi dengan kehadiran graduan-graduan dan ditemani ahli keluarga masing-masing.

Jamuan Makan Dan Minum

Konvokesyen 2018, Jamuan Makan Dan Minum

Jamuan Makan Dan Minum

Kali ini agak berbeza dari majlis yang lepas kerana jamuan diadakan pada awal aturcara iaitu sebelum graduan diraikan.

Persiapan Graduan Dan VIP

Selepas selesai menjamu selera, graduan terus memulakan persiapan dalam pakaian jubah masing-masing.

Perarakan VIP Dan Graduan

Konvokesyen 2018, Perarakan Graduan

Perarakan Graduan Ke Pentas Utama

Kemudian perarakan graduan-graduan dan VIP bermula dari pintu masuk menghala ke pentas utama diiringi oleh hulu balang yang bertugas.

Kemudian apabila graduan-graduan dan VIP sudah duduk di pentas utama, diiringi pula doa dan lagu negaraku.

Ucapan Aluan Pengurus Pusat Bertauliah

Konvokesyen 2018, Ucapan Aluan Pengurus Pusat Bertauliah

Ucapan Aluan Pengurus Pusat Bertauliah

Majlis Konvokesyen terus berlangsung dengan ucapan aluan oleh pemilik dan Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) iaitu Puan Siti Maizon Binti Daim.

Konvokesyen 2018, Ucapan Perasmian

Ucapan Perasmian

Selepas itu ucapan perasmian dari Yang Berbahagia Encik Zulkarnain Bin Aziz @ Azit selaku Technical Advisory Committee (TAC) DTAC.

Penganugerahan Sijil

Selesai ucapan aluan dan ucapan perasmian, maka bermulalah penganugerahan sijil-sijil kepada graduan-graduan mengikut kategori.

Kategori-kategori penerima anugerah sijil tersebut adalah,

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Konvokesyen 2018, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Anugerah sijil dimulai dengan graduan-graduan SKM Tahap 3 dari pelatih-pelatih Batch 21 hingga Batch 24.

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

Konvokesyen 2018, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

Sijil juga dianugerahkan kepada graduan-graduan dari pelatih-pelatih dari SKM Tahap 2 iaitu batch 25 dan batch 26.

Sijil Program RAISE

Konvokesyen 2018, Program RAISE

Program RAISE

Penganugerahan sijil Program RAISE adalah kategori baru yang diadakan kali petama pada tahun ini kerana program ini baru diwujudkan pada akhir tahun lepas (2017).

Anugerah Pelajar Cemerlang

Konvokesyen 2018, Anugerah Pelajar Cemerlang

Anugerah Pelajar Cemerlang

Dan akhir sekali, anugerah yang paling dinantikan pada setiap kali majlis diadakan iaitu anugerah pelajar cemerlang yang mendapat markah yang tinggi.

Sesi Bergambar

Majlis Konvokesyen diakhiri dengan aturcara minum petang atau kudapan dan sesi bergambar semua graduan-graduan dan staff dan juga mengikut kategori masing-masing.

Tahniah kepada semua yang dirai dan ingatlah kembangkan ilmu yang telah dituntut disini dan menjadi insan berguna demi agama, bangsa dan negara.


Leave a Reply

Arkib

Carian