Kursus Mekatronik semakin mendapat tempat di kalangan belia-belia kini dan juga industri-industri di Malaysia.
Semakin ramai belia-belia sedar akan kepentingan bidang Mekatronik dalam industri negara.
Industri-industri negara juga sudah bijak untuk memilih tenaga mahir dari kalangan belia yang tamat dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Apakah 5 rahsia tentang Kursus Mekatronik SKM ini yang semakin menjadi rebutan?
#1. Kursus Mekatronik mendapat Permintaan Tinggi Dari Industri
Setiap industri yang wujud pasti memerlukan tenaga mahir dalam bidang yang berkaitan teknologi dan teknikal.
Pelatih dari Kursus Mekatronik sentiasa mendapat perhatian tinggi dari industri kerana memiliki semua kemahiran dalam bidang teknologi dan teknikal.
#2. Peluang Pekerjaan Yang Luas Dan Lumayan
Oleh kerana pelatih yang tamat dalam Kursus Kemahiran mendapat permintaan tinggi industri maka peluang pekerjaan juga banyak.
Gaji di dalam bidang teknolgi dan teknikal juga lumayan.
Jenis pekerjaan pula tidak hanya tertumpu pada bidang yang sama tapi boleh bekerja dalam pelbagai bidang.
#3. Pelbagai Kategori Pekerjaan Yang Mampu Diceburi
Pelatih yang telah tamat kursus ini mampu bekerja dalam pelbagai kategori pekerjaan dan punyai kemahiran dalam setiap bidang.
Kursus Mekatronik ini mendedahkan pelatih dalam semua bidang-bidang utama dalam teknikal di dalam industri.
Contohnya seperti bidang elektrik, bidang elektronik, bidang mekanikal, bidang robotik dan sebagainya.
#4. Peluang Sambung Belajar Ke Tahap Lebih Tinggi
Untuk mendapatkan kemahiran yang lebih tinggi dan mendapat peluang gaji yang lebih lumayan, pelatih berpeluang dengan mudah untuk sambung belajar ke tahap berikutnya.
Dalam bidang kemahiran, setiap kursus diukur mengikut tahap-tahap kemahiran masing-masing.
Bermula Tahap 1 hinggalah ke Tahap 5.
Semakin tinggi tahap kemahiran, maka semakin tinggi tawaran gajinya.
#5. Peluang Sambung Belajar Tanpa Perlu Berhenti Kerja
Peluang juga terbuka untuk mereka yang telah lama bekerja tetapi tidak berpeluang untuk sambung belajar secara sepenuh masa.
Inilah perkara yang menarik tentang kursus kemahiran Mekatronik ini.
Anda tidak perlu berhenti kerja dan cuma atur rancangan atau jadual bila mahu sertai kursus tersebut dan tidak menganggu kerja sedia ada.
Kursus tersebut dikenali sebagai Kursus Mekatronik SKM Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Anda juga boleh rujuk di laman web dibawah,
Kesimpulan
Rebutlah peluang-peluang yang hadir di depan mata dan telah tersedia untuk mempermudahkan kehidupan akan datang.
Tiada alasan untuk terus berjaya dan terus meneroka landskap kemahiran yang semakin luas.
Salam kemahiran.
Leave a Reply