Program RAISE

Program RAISE (Rural Accelerated Industry Skill for Employment) adalah sebuah program yang dibangunkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan kerjasama majikan-majikan yang berdaftar dibawahnya.

RAISE bertujuan untuk memberi peluang kepada belia-belia luar bandar dalam latihan intensif jangka pendek dengan memenuhi keperluan majikan-majikan.

Objektif Program RAISE

Objektif RAISE adalah seperti berikut,

Mempermudahkan akses kepada belia luar bandar untuk memenuhi keperluan majikan industri dalam mengikuti latihan kemahiran khusus dan terus diserap bekerja.

Meningkatkan penawaran dan permintaan tenaga kerja mahir kepada majikan industri melalui kerjasama strategik.

Mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia dan menyokong agenda kerajaan mencapai 35% tenaga mahir sebelum 2020.

Kumpulan Sasaran RAISE

Kumpulan sasaran bagi RAISE ini adalah,

Belia-belia yang berada di luar bandar yang berumur 16-25 tahun.

Boleh menulis, mambaca dan mengira.

Tempoh Latihan RAISE

Kursus yang ditawarkan di bawah Program RAISE adalah kursus jangka pendek dengan tempoh latihan tidak melebihi sebulan dan dijalankan secara sepenuh masa 5 hari seminggu, 7 jam sehari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Rujukan Artikel RAISE

#1  Program RAISE, Latihan Jangka Pendek Dan Terus Bekerja Dalam Masa 20 Hari.


Arkib

Carian