Sijil Kemahiran Malaysia

Program Kursus Kemahiran Mekatronik

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah program latihan utama yang disediakan oleh Pusat Bertauliah (PB) DK Training & Advancement Centre (DTAC) Sdn. Bhd.

Kursus Program Sijil Kemahiran Malaysia

Kursus yang ditawarkan oleh Pusat Latihan Kemahiran DTAC di bawah program Sijil Kemahiran Malaysia adalah,

#1  H-176-2 Juruteknik Automasi.

#2  H-176-3 Juruteknik Automasi Kanan.

Pembiayaan Program Sijil Kemahiran Malaysia

Kursus di biayai melalui 3 badan tersebut,

#1  Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

#2  Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

#3  Lembaga Zakat Selangor (LZS).

NOSS Baru Program Sijil Kemahiran Malaysia

#1  MC-091-2:2013 Perkhidmatan Sokongan Kejuruteraan Automasi Perindustrian.

#2  MC-091-3:2013 Penyeliaan Kejuruteraan Automasi Perindustrian.

Secara ringkas Teknologi Mekatronik adalah gabungan pembelajaran mekanikal, elektrik, elektronik, pneumatic, hidraulik dan sistem automasi.

Pelatih menerima pendidikan latihan kemahiran mengikut kurikulum yang berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) dan tempoh latihan yang ditetapkan.

Tempoh Pengajian

#1  Tahap 2 – 6 bulan.

#2  Tahap 3 – 12 bulan.

#3  Latihan industri – 3 bulan.

#4  Jumlah keseluruhan pengajian – 21 bulan.

Persijilan Program

#1  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

#2  Sijil Tamat Latihan oleh Penyedia Latihan.

Syarat Kelayakan Masuk (Umum)

#1  Terbuka kepada warganegara Malaysia.

#2  Lelaki atau perempuan.

#3  Berumur 16 tahun ke atas.

#4  Lulus PMR/PT3/SPM.

#5  Mempunyai Sijil Berhenti Sekolah.

Masa Hadapan Pelatih

#1  Pelatih yang telah tamat pengajian SKM Tahap 3 mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma

#2  atau memilih untuk memasuki alam pekerjaan.

Sila dapat dapatkan maklumat tentang pembiayaan pengajian disini.


Arkib

Carian