Rahsia Majikan Cemerlang, Hantar Pekerja Sertai Latihan Kemahiran Customized

Anda, majikan atau industri kini semakin memerlukan ramai pekerja-pekerja yang punyai komitmen yang tinggi dan telah dilatih secara profesional.

Oleh itu Pusat Bertauliah (PB) DK Training & Advancement Centre (DTAC) membangunkan program latihan kemahiran secara customized.

Dimana program latihan kemahiran ini dijalankan atas permintaan anda yang selari dengan industri anda.

Kelayakan Pekerja Anda Dalam Latihan Kemahiran Customized

Adakah anda majikan yang punyai masalah seperti berikut,

  • Ada pekerja yang kurang produktif?
  • Ada pekerja yang tiada asas latihan kemahiran?
  • Ada pekerja yang ingin dinaikkan pangkat?
  • Ada pekerja yang bergaji kecil?
  • Ada pekerja yang punyai masa depan yang cerah?

Berita baik! Anda berpeluang untuk membantu pekerja-pekerja anda lebih produktif dan terus berkhidmat aktif dalam industri.

Apakah Kelebihan Bantuan Dalam Latihan Kemahiran Customized?

Anda (majikan industri) dengan bantuan Pusat Bertauliah (PB) DTAC dapat membantu pekerja-pekerja,

  • Meningkatkan produktiviti pekerja.
  • Memberi tawaran gaji yang setimpal dengan kemahiran.
  • Jalani latihan kemahiran dalam masa singkat.
  • Punyai banyak sijil dalam modul latihan kemahiran.

Ya! Anda dibantu dan ditawarkan untuk menjalani latihan kemahiran secara separuh masa dalam masa 2 bulan.

Bagaimana Pekerja Anda Dibantu Dalam Latihan Kemahiran Customized?

Anda akan dibantu menjalani latihan kemahiran seperti berikut,

Latihan Kemahiran Customized Secara Separuh Masa

Anda tidak mengganggu waktu kerja pekerja anda kerana latihan kemahiran customized dijalankan pada hujung minggu.

Modul Latihan Kemahiran Customized Ikut Permintaan Anda

Anda boleh pilih modul-modul yang disediakan untuk melatih pekerja-pekerja sesuai dengan kehendak anda sebagai majikan.

Modul-modul yang disediakan lebih membuatkan pekerja-pekerja anda lebih fokus dan bersemangat untuk bekerja.

Latihan kemahiran separuh masa customized ini bertujuan untuk pekerja-pekerja anda,

Tambah Ilmu Pengetahuan Latihan Kemahiran Customized

Ya, secara keseluruhannya kepada pekerja-pekerja anda sama ada masih baru atau sudah lama, masih perlu untuk kemaskini ilmu pengetahuan dalam bidang latihan kemahiran terutama dalam pengkhususan modul-modul tertentu.

Kemaskini akan istilah-istilah baru dan garis panduan baru permintaan industri-industri terkini.

Setelah di dedahkan ilmu-ilmu tersebut, pekerja-pekerja anda dilatih secara praktikal (hands-on).

Praktikal Yang Lebih Mantap Dalam Latihan Kemahiran Modular

Ilmu pengetahuan perlu dimantapkan lagi dengan adanya latihan kemahiran dalam bentuk amali atau praktikal.

Ini adalah untuk memastikan pekerja-pekerja anda lebih faham dan cekap dalam menguasai setiap modul-modul latihan kemahiran.

8 Modul Dalam Latihan Kemahiran Modular

Ada 8 modul yang disediakan untuk pekerja-pekerja anda pilih untuk kuasai sebagai pekerja-pekerja baru (beginner) dan pekerja-pekerja separuh mahir (intermediate),

  1. Electrical Maintenance (beginner/intermediate).
  2. Electronic Equipment Maintenance (beginner/intermediate).
  3. Computer Aided Design (beginner/intermediate).
  4. Programmable Logic Controller (PLC) (beginner/intermediate).
  5. Mechanical Equipment Maintenance (beginner/intermediate).
  6. Automation System (beginner/intermediate).
  7. Network System (beginner/intermediate).
  8. Office Document (beginner/intermediate).

Kaedah Latihan Kemahiran Customized

  • Latihan dijalankan berdasarkan permintaan anda (majikan industri).
  • Dirangka setelah perbincangan dua hala antara majikan dan DTAC.
  • Satu kelas maksimum 15 orang.
  • 1 sesi modul latihan adalah selama 6 jam.
  • Tempoh latihan yang singkat iaitu selama 2 bulan.

Daftar Segera!

Latihan kemahiran semakin mendapat tempat di hati pekerja-pekerja industri dimana mereka sangat dikehendaki oleh industri-industri yang memerlukan ramai pekerja mahir.

Daftar segera sebelum penuh!

 

Daftar Kursus latihan Kemahiran Mekatronik

RelatedPost


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *