Latihan Kemahiran Mekatronik, Popular!

Mekatronik merupakan bidang baru yang berpotensi besar dan sangat penting dalam industri masa kini. Ia menggabungkan beberapa kejuruteraan untuk menghasilkan suatu sistem bersepadu.

Pengenalan Mekatronik

Pusat Latihan Kemahiran Mekatronik

Apa itu Kejuruteraan Mekatronik? Kejuruteraan Mekatronik adalah gabungan 3 kejuruteraan utama iaitu kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan perisian.

Latihan Kemahiran Mekatronik

Pembelajaran merangkumi aspek daripada segi automasi seperti PLC (Programmable Logic Controller), Pneumatik & Hydraulik, mekanikal dan elektronik.

Kursus ini menyediakan peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal serta bidang automasi dan robotik.

Kursus latihan kemahiran Mekatronik direkabentuk untuk menampung terhadap tenaga kerja separa mahir yang semakin meningkat dalam bidang ini.

Program ini merangkumi bidang teori dan amali yang mantap serta latihan industri bagi menyediakan para pelajar menghadapi dunia pekerjaan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sistematik melahirkan para lulusan yang berkebolehan dan kreatif serta mampu menyelesaikan masalah.

Tahap setiap kursus bermula dari peringkat asas di samping kerja-kerja makmal dan bengkel yang berkaitan. Latihan amali yang disediakan akan membolehkan para pelajar mengaplikasikannya apabila melaksanakan projek semester akhir.

Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri untuk didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa di samping mengalami persekitaran kerja sebenar.

Pelajar juga diberikan tugasan membuat projek di semester akhir untuk dilaksanakan secara berkumpulan atau secara individu bagi memberi peluang pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari.

Mereka merekacipta, membuat kajian kes atau membuat inovasi dalam rekacipta sedia ada di samping mempelajari kemahiran menguruskan projek dalam persekitaran berkumpulan.

Penilaian pelajar adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir dan penilaian berterusan di atas segala tugasan yang diberikan di sepanjang tempoh pengajian.


Comments

2 responses to “Latihan Kemahiran Mekatronik, Popular!”

  1. […] Apa itu Mekatronik? Sila dapatkan artikel tentang Mekatronik disini. […]

  2. […] yang ditawarkan adalah dalam bidang Mekatronik dibawah program […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *