Program Latihan Persediaan & Penempatan Pekerjaan (PLPP)

LATAR BELAKANG

Program Latihan Persediaan & Penempatan Pekerjaan (PLPP) adalah sebuah program yang dibangunkan oleh DK Training & Advancement Centre dengan kerjasama majikan-majikan yang bekerjasama dibawahnya.

PLPP bertujuan untuk memberi peluang kepada belia-belia lepasan SKM/DKM/Diploma/Ijazah yang masih lagi belum mendapat pekerjaan supaya menjalani latihan intensif jangka pendek yang memenuhi keperluan majikan-majikan.

OBJEKTIF PLPP

Mempermudahkan akses kepada belia lepasan SKM/DIPLOMA/IJAZAH yang masih menganggur untuk memenuhi keperluan majikan industri dalam mengikuti latihan kemahiran khusus dan terus diserap bekerja.

Meningkatkan penawaran dan permintaan tenaga kerja mahir kepada majikan industri melalui kerjasama strategik.

Mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia dan menyokong agenda kerajaan mencapai 35% tenaga mahir sebelum 2025.

KUMPULAN SASARAN

Belia-belia lepasan SKM/DIPLOMA/IJAZAH yang masih menganggur selepas tamat latihan.

Berumur 19-26 Tahun

Belia yang berminat untuk bekerja!

TEMPOH LATIHAN PLPP

Kursus yang ditawarkan di bawah Program ini adalah kursus jangka pendek dengan tempoh latihan tidak melebihi sebulan dan dijalankan secara sepenuh masa 5 hari seminggu, 7 jam sehari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Rujukan Artikel PLPP

#1 Program Latihan & Penempatan Pekerjaan


Arkib

Carian