3 Kepentingan Lawatan Sambil Belajar Pameran Industri Di MITEC

3 Kepentingan Lawatan Sambil Belajar Di MITEC

3 Kepentingan Lawatan Sambil Belajar Pameran Industri Di MITEC

Category : Buletin

16/08/2018

Lawatan sambil belajar sangat penting kepada pelatih-pelatih dalam bidang kemahiran kerana ia melibatkan gambaran sebenar di dalam industri.

Apatah lagi ia bersifat visual, boleh dilihat dan dipegang dan sangat berkait rapat dengan revolusi industri baru iaitu Industri 4.0.

Baru-baru ini, pelatih-pelatih dan staf DTAC bersama-sama buat lawatan sambil belajar di pameran industri di MITEC.

MITEC

Namun apakah kepentingan lawatan sambil belajar?

3 Kepentingan Lawatan Sambil Belajar

Ada 3 kepentingan utama dalam mengadakan lawatan tersebut iaitu,

#1 Tambah Ilmu Pengetahuan

3 Kepentingan Lawatan Sambil Belajar Pameran Industri Di MITEC

Ilmu pengetahuan sudah tentu akan bertambah dengan pendedahan secara langsung dan terbuka.

Apatah lagi menggabungkan ilmu yang sedia ada dengan ilmu baru yang sudah tentu menghasilkan revolusi baru.

Ini sangat penting untuk membentuk kreativiti dalam penciptaan mekanisme baru pada industri akan datang.

#2 Tambah Pengalaman Baru

Di pameran industri tersebut banyak mempamerkan mesin-mesin industri yang baru, yang mungkin asing kepada pelatih-pelatih dan staf DTAC.

Adanya lawatan sambil belajar ini dapat mendedahkan pengalaman baru yang sudah pasti menghasilkan idea-idea baru pada latihan akan datang.

Bagi pelatih-pelatih, akan tercipta mesin-mesin baru pada projek akhir.

Bagi tenaga pengajar, tercipta ruang untuk penambahbaikan dalam sistem latihan akan datang.

#3 Kemahiran Yang Mantap!

3 Kepentingan Lawatan Sambil Belajar Pameran Industri Di MITEC

Gabungan hasil dari penambahan ilmu pengetahuan dan pengalaman baru, maka terhasillah kemahiran yang mantap dan berinovasi.

Pelatih-pelatih dan tenaga pengajar sentiasa bersemangat dan kreatif dalam membangunkan kemahiran baru.

Kesimpulan

Lawatan sambil belajar sangat penting untuk pembangunan kemahiran seseorang dan dapat mengubah 360 darjah pandangan secara visual.


Leave a Reply

Arkib

Carian