Lembaga Zakat Selangor (LZS) sekali lagi menjalankan usahasama bersama DTAC membantu anak-anak asnaf Selangor dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia (Program SKM).
Dari tahun 2014 lagi, Lembaga Zakat Selangor dan DTAC menjalinkan usahasama secara profesional dalam Program SKM.
Melalui Program SKM ini, telah melahirkan ramai anak-anak asnaf Selangor dalam mendapatkan kerjaya yang terjamin sama ada di Selangor dan di Johor.
Apakah Manfaat Program SKM Kepada Anak-anak Asnaf Lembaga Zakar Selangor?
Program SKM ini telah dibangunkan oleh Pusat Latihan Kemahiran DTAC selama lebih 8 tahun.
Manfaat kepada anak-anak asnaf Selangor adalah,
#1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3
Anak-anak Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan diberi latihan dalam bidang Mekatronik dan setelah tamat akan dikurniakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan tahap 3 oleh Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM).
#2. Celik akidah, celik solat dan celik Al-Quran
Anak-anak Lembaga Zakat Selangor (LZS) selama berada dalam tempoh latihan di Pusat Latihan Kemahiran DTAC juga akan didedahkan dan praktikkan cara hidup Islam.
#3. Elaun sara diri
Setiap orang anak-anak asnaf akan diberi elaun sara diri dari LZS sepanjang tempoh menjalani latihan.
#4. Latihan secara simulasi
Latihan dijalankan mengikut suasana sebenar di industri secara simulasi dan pelatih akan lebih didedahkan peralatan secara hands-on.
Secara tak langsung, pelatih akan lebih peka dan sudah terdedah dengan suasana sebenar di industri.
#5. 100% jaminan pekerjaan
Ketika dalam latihan lagi anak-anak LZS akan ditemuduga oleh industri yang ada perjanjian dengan DTAC dan jika lulus, secara tak langsung sudah punyai pekerjaan sebelum tamat latihan.
Bagaimanakah Anak-anak Lembaga Zakat Selangor Ingin Memohon?
Kepada anak-anak asnaf di bawah tajaan Lemabaga Zakat Selangor (LZS) boleh memohon Program SKM ini melalui link dibawah,
Borang Pra-Daftar Program SKM LZS
Atau jumpa wakil kami di pameran Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pada 12 Mei 2018.
Jumpa kami disana! Jangan lepaskan peluang ini kerana masa depan anda tidak harus diperjudikan.
Rancang dengan baik demi kehidupan yang lebih baik dan terjamin.
Leave a Reply