Majlis Konvokesyen & Makan Malam 2014

Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan 2014

Baru-baru ini pada 18 Oktober 2014 telah berlangsung Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan di Hotel Muar Traders, Muar, Johor.

Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan kali ke 4 tersebut telah meraikan graduan-graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap  2 dan Tahap 3 dari Pusat Latihan Bertauliah, DK Training & Advancement Centre.

Ketibaan Tetamu & Pendaftaran

Ketibaan Graduan & Keluarga

Ketibaan graduan-graduan bersama ahli keluarga masing-masing dan terus ke kaunter pendaftaran untuk memastikan kehadiran dan tempat duduk .

Perarakan Graduan & Perarakan VIP

Perarakan Graduan Ke Majlis Konvokesyen

Perarakan Graduan masuk ke dewan dan mengambil tempat masing-masing. Graduan-graduan adalah terdiri dari Kursus Mekatronik dari Program Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Perarakan VIP

Perarakan tetamu-tetamu kehormat (VIP) ke dewan menuju ke pentas utama. Tetamu-tetamu kehormat terdiri dari Pengurus Pusat Latihan Bertauliah, Pengarah JPK Wilayah Selatan dan tenaga-tenaga pelajar.

Ucapan Alu-aluan & Ucapan Perasmian

Ucapan Aluan-aluan Pengurus Pusat Latihan Bertauliah

Ucapan ringkas dari Pengurus Pusat Latihan Bertauliah, Puan Siti Maizon Binti Daim.

Ucapan Perasmian Oleh Pengarah JPK Wilayah Selatan

Ucapan dan perasmian Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan, En Uzin Bin Ali.

Penyampaian Sijil

Penyampaian Sijil Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan

Penyampaian sijil dimulai dengan barisan graduan yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan kemudian barisan graduan yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Pelatih Terbaik 2014

Pelajar Terbaik 2014

Pelatih terbaik juga diraikan di dalam Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan yang telah menerima voucher yang bernilai RM1000 dari pihak Pusat Latihan Bertauliah DTAC.

Makan Malam & Persembahan

Makan Malam Tahunan

Di penghujung Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan 2014, tetamu-tetamu dijamu dengan makanan-makanan yang disediakan oleh pihak hotel berkenaan.

Persembahan Busking Dari Pelatih-pelatih

Tetamu yang sedang menjamu selera ditemani dengan iringan muzik dan beberapa lagu nyanyian yang dipersembahkan oleh pelatih-pelatih DTAC sendiri.

Sesi Bergambar

Sesi Bergambar Majlis Konvokesyen
Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan 2014 berakhir dengan jayanya dan tetamu bersurai.

Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan 2014

Selepas majlis tamat, graduan-graduan terus dengan sesi bergambar sebagai kenangan.

Lihat galeri gambar Majlis Konvokesyen & Makan Malam Tahunan 2014 disini dan disini.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *