Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3 diteruskan dengan majlis rasmi iaitu Majlis Penyampaian Sijil kepada graduan yang telah tamat latihan di pusat latihan kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC).
Catatan yang lalu Majlis Makan Malam Dan Konvokesyen 3 adalah bahagian pertama.
Penyampaian Sijil
Barisan hadapan adalah graduan yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang terdiri dari pengambilan batch 4 dan batch 5.
Barisan berikutnya pula adalah graduan dari batch 3, batch 6, batch 7 dan batch 9 yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.
Acara diteruskan dengan majlis makan malam yang telah dianjurkan setiap tahun selepas majlis konvokesyen.
Makan Malam Dan Persembahan
Setelah majlis rasmi ditutup, majlis diteruskan dengan majlis tak rasmi iaitu majlis makan malam tahunan dan diserikan lagi dengan persembahan-persembahan dari pelatih-pelatih sendiri.
Beberapa lagi aktiviti yang menarik perhatian telah diadakan hasil kreativiti pelatih-pelatih lain dan staf yang terlibat.
Leave a Reply