Program Modular Sepanjang Hayat Selesai Masalah Tiada Sijil Kemahiran Sepantas 2 Hari

Program Modular Sepanjang Hayat Selesai Masalah Tiada Sijil Kemahiran Sepantas 2 Hari

Category : Buletin

23/11/2017

Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) adalah sebuah program yang dibangunkan khas untuk membantu anda yang punyai masalah seperti tiada sijil berkaitan kemahiran industri.

Ya, dari statistik rambang kami didapati masih ramai yang bekerja ketika umur muda dan sudah pasti tidak sempat untuk sambung belajar demi mencari sesuap nasi.

Atas inisiatif ini, kami membangunkan program Modular Sepanjang Hayat (MSH) mengikut kesesuaian masa anda

Apa itu Program Modular Sepanjang Hayat?

Sebelum artikel pergi lebih jauh, izinkan kami berkongsi maklumat rasmi melalui laman berikut, Modular Sepanjang Hayat.

Dan program Modular Sepanjang Hayat ini dijalankan secara separuh masa (part time) untuk memudahkan anda yang tidak mampu untuk sertai program-program sijil sepenuh masa.

Mengapa Anda Mesti Sertai Program Modular Sepanjang Hayat?

Tiada paksaan! Cuma kami ingin bantu anda yang bermasalah sahaja kerana dengan adanya sijil, banyak perkara bakal berubah seperti,

Naik Pangkat

Tidakkah anda teringin untuk terima tawaran kenaikan pangkat?

Atau sudah cukup dengan apa yang anda sekarang?

Beberapa panggilan telefon sebagai bukti ramai yang bertanya jika ada program sijil separuh masa oleh mereka yang sudah berusia.

Untuk apa? Mereka perlukan sijil untuk kenaikan pangkat.

Naik Gaji

Anda bukan tersangkut pada bahagian kenaikan pangkat malah dalam satu keadaan anda juga sangkut pada keputusan majikan untuk naikkan gaji.

Tetapi jika anda ada sijil, sudah tentu majikan akan mempertimbangkan untuk kenaikan gaji bukan?

Tingkat Taraf Hidup

Apa lagi yang anda ingin cari?

Bukankah dengan kenaikan pangkat dan kenaikan gaji maka taraf hidup anda juga turut berubah?

Secara tak langsung juga akan mengubah kebebasan kewangan anda.

Kelebihan Sertai Program Modular Sepanjang Hayat

Sudah tentu anda akan pilih satu program yang punyai kelebihan kepada diri anda.

Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat adalah,

Syarat Mudah

Untuk sertai program Modular Sepanjang Hayat (MSH), syaratnya amat mudah dan tidak perlukan kelayakan seperti latihan sepenuh masa.

Jimat Masa

Dengan syarat yang mudah maka anda tidak membuang masa untuk proses menunggu pendaftaran.

Anda boleh terus fokus kepada modul yang anda inginkan.

Masa Teratur

Anda boleh atur masa anda dan tidak menganggu masa kerja anda.

Tiada Tekanan

Hampir tiada tekanan kerana anda akan ditunjukkan oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan faham situasi anda sebagai warga kerja.

Mudah Lulus

Jaminan kelulusan yang tinggi kepada anda yang betul-betul berminat sertai program Modular Sepanjang Hayat (MSH).

Minda Terbuka

Anda yang sudah ada pengalaman bekerja lebih terbuka minda untuk terima modul latihan kemahiran baru dan mudah faham.

Berminat? Hubungi segera!

Daftar Kursus latihan Kemahiran Mekatronik

 

 


Modular Sepanjang Hayat

12/11/2017

Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) adalah program latihan kemahiran yang dibangunkan oleh Pusat Bertauliah (PB) DK Training & Advancement Centre (DTAC) untuk membantu orang awam meningkatkan kemahiran dan melahirkan pekerja mahir.

Tujuan Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) ini adalah membuka peluang kepada orang awam mahu pun pekerja industri yang ingin merubah masa depan mereka kepada tahap pekerjaan yang terjamin.

Ciri-ciri Program Modular Sepanjang Hayat

Secara Separuh Masa

Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) ini dijalankan secara separuh masa (part time).

Maka mudah bagi orang awam yang bekerja untuk sertai program tersebut pada hujung minggu atau hari cuti.

Ada 8 Modul

Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) mempunyai 8 modul dan setiap modul ada tahap asas (basic) dan tahap pertengahan (intermediate).

8 modul yang telah disediakan untuk pelatih baru kuasai seperti,

#1  Electrical Maintenance (asas/pertengahan).

#2  Electronic Equipment Maintenance (asas/pertengahan).

#3  Computer Aided Design (asas/pertengahan).

#4  Programmable Logic Controller (PLC) (asas/pertengahan).

#5  Mechanical Equipment Maintenance (asas/pertengahan).

#6  Automation System (asas/pertengahan).

#7  Network System (asas/pertengahan).

#8  Office Document (asas/pertengahan).

Latihan Praktikal Secara Simulasi

Latihan dalam Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) dijalankan praktikal seperti situasi sebenar di industri.

Ini bermakna pelatih akan lebih mahir dan faham bagaimana sesuatu kerja dilakukan di industri.

Kaedah Program Modular Sepanjang Hayat

Ada 2 kaedah utama yang disediakan iaitu keadah One Time Modular (OT Modular) dan Part Time Modular (PT Modular).

OT Modular

OT Modular dijalankan selama 2 hari dan sehari selama 8 jam iaitu dari jam 9 pagi hingga 5 petang untuk 1 modul.

PT Modular

PT Modular dijalankan selama 3 jam seminggu dan akan tamat dalam masa 2 bulan.

Kelas Program Modular

Kelas yang dijalankan terbahagi kepada 2 bahagian mengikut permintaan.

Personal Coaching (PC)

Kelas yang terdiri dari 1 hingga 5 pelatih.

General Class (GC)

Kelas yang terdiri dari 6 hingga 15 pelatih.


Arkib

Carian