Pameran Robotik Dan Muar Esports Festival Menjadi Tumpuan Anak-anak Muar

Muar Esport Festival

Pameran Robotik Dan Muar Esports Festival Menjadi Tumpuan Anak-anak Muar

Category : Buletin

04/04/2018

Pameran Robotik telah di war-warkan bakal diadakan buat julung kalinya di Muar bersempena DRI CUP Muar Esports Festival.

Buat pertama kali juga pertandingan Esports juga diadakan dan sudah pasti menjadi kegilaan dan tumpuan anak-anak Muar.

Apakah Yang Akan Diadakan Di Pameran Robotik Nanti?

Pusat Latihan Kemahiran DTAC antara yang dijemput penganjur dalam acara mempamerkan robot-robot.

Antara yang bakal dipamerkan adalah robot sumo dan robot-robot yang digunakan dalam industri seperti arm robot.

Oleh kerana pameran ini bakal dihadiri oleh ratusan anak-anak Muar, maka pameran seperti ini mendedahkan mereka dengan kemahiran asas tentang robotik.

Apakah Permainan Muar Esports Yang Dianjurkan?

Penganjur, Kitamen akan mengadakan pertandingan dalam permainan Esports sebagai tarikan anak-anak Muar iaitu,

#1.  Mobile Legends

Permainan Esports yang semakin popular zaman ini dan telah memikat ramai anak-anak muda untuk menyertainya.

Apatah lagi permainan ini boleh dimainkan di telefon bimbit (smartphone).

#2.  FIFA 18

Permainan Esports bola sepak telah lama bertapak dan masih menjadi kegilaan anak-anak muda.

Permainan ini masih diminati bermain di konsol Play Station 4.

Dimanakah Pameran Robotik Dan Muar Esports Festival Diadakan?

Pameran ini bakal diadakan di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah pada 6 April 2018 antara jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Dijemput hadir semua peminat-peminat robotik dan peminat-peminat permainan Esports untuk sama-sama memeriahkan pameran dan Muar Esport Festival.

RelatedPost


Leave a Reply

Arkib

Carian