Pameran Robotik, Jadi Taruhan Pelatih Dalam DRI CUP Muar Esport Festival

Pameran Robotik

Pameran Robotik, Jadi Taruhan Pelatih Dalam DRI CUP Muar Esport Festival

Category : Artikel

08/04/2018

Pameran Robotik telah pun berlangsung dengan jayanya sempena Perayaan Esport Muar DRI CUP (DRI CUP Muar Esport Festival).

Iklan Muar Esport Festival oleh Kitamen

Memandangkan program yang dianjurkan adalah sempena Pameran Robotik, DTAC mendapat jemputan sebagai Pusat Latihan Kemahiran yang menubuhkan dan melatih kepakaran dalam bidang berkaitan.

Apakah Perkara Yang Dipertaruhkan Pelatih-pelatih?

Pelatih-pelatih, tenaga pengajar dan staf bertungkus-lumus untuk mempetaruhkan dan mempersembahkan hasil kerja tangan dan kreativiti dalam pembangunan robot dan kemahiran yang berkaitan.

Antara yang dipertaruhkan pelatih-pelatih DTAC adalah,

Pameran Robotik, Robot Sumo

Pameran Robotik, Rekacipta Robot Sumo

Hasil gabungan ilmu dalam modul-modul Mekatronik, pelatih-pelatih mencipta sendiri dan dibantu nasihat dan tunjuk ajar tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlatih.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Mekatronik

Maka terciptalah robot-robot dalam kategori robot perang (war robot) yang menggunakan alatan yang murah dan barang-barang terpakai.

Pameran Robotik, Hasil Kerja Dan Kreativiti

Hasil Kerja Mekatronik Dan Kreativiti Pelatih

Pelatih-pelatih juga membangunkan hasil kerja dan kemahiran dalam membuat model-model robot industri seperti robot tangan (arm robot).

Galeri gambar-gambar di Facebook

Pameran Robotik, Manfaat Kepada Pelawat

Manfaat Pameran Kepada Pelawat

Memandangkan pameran kali ini melibatkan penyertaan dalam permainan sukan dalam talian (Esport), sudah tentu melibatkan belia-belia yang masih muda.

Maka besar harapan Pusat Latihan Kemahiran DTAC dalam memperkenalkan dan secara tak langsung membuka mata belia-belia dalam bidang robotik (Mekatronik).

RelatedPost


Leave a Reply

Arkib

Carian