Peluang Kerjaya Mekatronik Johor

Peluang Kerjaya

Mekatronik adalah satu bidang baru yang penting dalam industri masa kini yang menggabungkan kejuruteraan mekanikal dengan kejuruteraan elektronik, teknologi komputer dan kawalan untuk menghasilkan suatu sistem bersepadu.

Peluang Kerjaya Selepas Tamat Latihan

Peluang kerjaya bagi bidang ini amat luas, kerana ianya merangkumi skop kerja yang menyeluruh. Bertepatan dengan slogan SKILLS Malaysia Mengarus Perdana Latihan Kemahiran, kami di DK Training and Advancement Centre (DTAC) mengambil pendekatan yang holistik dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir.

Selain itu, mereka yang mempunyai latar belakang mekatronik berpeluang untuk pergi ke pelbagai bidang itu seperti mekanikal, elektronik, elektrik, automasi, elektromekanikal, oil & gas, pembuatan, robotik, pneumatik, hidraulik dan sebagainya.

Antara kerjaya dalam bidang Mekatronik,

Juruteknik Mekanikal

Keterangan Tugas :

  • Membantu dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan perkakas mesin, enjin kenderaan, pesawat, pemasangan, pemanasan, pengalihudaraan dan penyejukan serta loji dan peralatan lain yang berfungsi secara mekanik.
  • Mereka bentuk dan menyediakan susun atur pemasangan mesin dan jentera;
  • Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan.
  • Membantu dalam penyeliaan teknik berkenaan dengan jentera serta prinsip dan amalan kejuruteraan mekanik supaya dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja.
  • Membantu dalam pembangunan serta mengawasi perlaksanaan piawaian dan prosedur keselamatan bagi kerja kaji ukur.
  • Menjalankan kerja-kerja berkaitan serta menyelia pekerja-pekerja lain.

Juruteknik Elektrik

Keterangan Tugas :

  • Membantu membuat kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan sistem, peralatan dan kemudahan elektrik serta menguji prototaip.
  • Membantu menyediakan reka bentuk dan susur atur pemasangan dan litar elektrik.
  • Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan.
  • Membantu penyeliaan teknik bagi pembuatan, pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik.
  • Menggunakan pengetahuan teknik berhubung dengan teori dan amalan kejuruteraan elektrik bagi mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja.
  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
  • Menyelia pekerja lain.

Juruteknik Industri

Keterangan Tugas :

  • Membantu Jurutera dalam perlaksana kerja-kerja seperti selenggara mesin dan aset.
  • Mengendalikan peralatan dan mesin yang berkaitan.
  • Menyelia pekerja dan mesin.
  • Memainkan peranan sebagai penyelia kepada pekerja bawahan.
  • Membantu dalam melaksanakan tugas yang diberikan atau yang berkaitan.

Juruteknik Kawalan

Keterangan Tugas :

  • Membantu Jurutera dalam mengendalikan operasi kawalan dalam sektor minyak, gas dan cecair.
  • Mengendalikan mesin kawalan.
  • Bekerja dengan suhu, aliran, paras dan tekanan.
  • Memainkan peranan sebagai penyelia kepada pekerja bawahan.
  • Membantu dalam melaksanakan tugas yang diberikan atau yang berkaitan.

Juruteknik Jurutera Mekatronik

Keterangan Tugas :

  • Membantu Jurutera dalam mengendalikan apa jua mesin/peralatan/perkakasan/  yang berkaitan dengan bidang.
  • Menjadi penyelia kepada bahagian mekanikal dan elektrikal.
  • Memainkan peranan sebagai penyelia kepada perkerja bawahan.
  • Membantu dalam melaksanakan tugas yang diberikan atau yang berkaitan.

 Juruteknik Robotik dan Automasi

Keterangan Tugas :

  • Membantu Jurutera dalam mengendalikan robot.
  • Melaksanakan kerja-kerja pengaturcaraan robot.
  • Memainkan peranan sebagai penyelia kepada pekerja bawahan.
  • Membantu dalam melaksanakan tugas yang diberikan atau yang berkaitan.

 Juruteknik Penyelengaraan Mesin

Keterangan Tugas :

  • Membantu Jurutera dalam melaksana penyelenggaraan terhadap sesuatu mesin/perkakasan/peralatan.
  • Menyediakan jadual penyelenggaraan.
  • Merekod segala proses penyelenggaraan.
  • Memainkan peranan sebagai penyelia kepada pekerja bawahan.
  • Membantu dalam melaksanakan tugas yang diberikan atau yang berkaitan.

Penolong Penyelia Teknikal

Keterangan Tugas :

  • Menyelia segala tugas-tugas teknikal yang ada dalam proses kerja.
  • Memeriksa tugas-tugas yang diberikan kepada pekerja bawahan.
  • Membantu penyelia dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Memastikan setiap tugas-tugas yang dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang.

Comments

2 responses to “Peluang Kerjaya Mekatronik Johor”

  1. […] bidang Mekatronik semakin mendapat pilihan dan meningkat popularitinya. Satu bidang yang membuka banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang […]

  2. […] Mekatronik yang merupakan gabungan beberapa bidang lain. Oleh sebab itu, bidang Mekatronik membuka peluang kerjaya lebih luas dan menarik lebih banyak tarikan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *