Pembiayaan Pengajian

Pembiayaan pengajian adalah peruntukan dan kemudahan peminjaman kewangan yang disediakan badan-badan tertentu kepada pelatih-pelatih yang layak dan mengikut kelayakan tertentu.

Jabatan-jabatan kerajaan atau agensi tersebut adalah,

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) membiayai yuran pengajian pelatih dengan memberi pinjaman penuh kepada pelatih-pelatih yang memohon jumlah pinjaman adalah berdasarkan kadar yuran pengajian dan elaun sara diri (RM300.00 sebulan).

Syarat khusus

#1.  Mempunyai seorang penjamin.

#2.  Penjamin mestilah ibu/bapa atau saudara terdekat yang berumur kurang dari 55 tahun.

#3.  Penjamin mestilah mempunyai pendapatan RM700.00 ke atas dan tidak melebihi RM6000.00.

Kelebihan

#1.  Peluang pekerjaan yang luas dalam bidang Mekatronik.

#2.  Pelatih tidak akan terikat dengan mana-mana pihak selepas tamat latihan.

#3.  Pelatih mempunyai pilihan sama ada ingin menerima elaun sara diri atau tidak di sepanjang tempoh latihan.

#4.  Tempoh bayar balik pinjaman adalah 6 bulan selepas tamat pengajian atau telah bekerja (mana-mana dahulu).

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) melalui Skim Perantisan adalah sebuah agensi yang memberi pembiayaan latihan kemahiran kepada perantis dengan kerjasama majikan penaja yang berdaftar dibawahnya.

Pelatih yang diterima menjadi perantis akan menerima penajaan yuran dari PSMB.

Perantis juga akan menerima elaun sara diri sebanyak RM500 sebulan.

Syarat khusus

#1.  Lulus subjek Bahasa Inggeris @ Matematik @ Sains dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

#2.  Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang Mekatronik.

#3.  Mempunyai Majikan Penaja.

Kelebihan

#1.  Jaminan pekerjaan dengan majikan penaja selepas tamat pengajian.

#2.  Yuran pengajian dibiayai sepenuhnya*.

#3.  Tidak perlu risau isu pengangguran.

Lembaga Zakat Selangor (LZS)

DTAC adalah sebuah kolej panel di bawah Lembaga Zakat Selangor bermula pengambilan tahun 2014.

Pelatih-pelatih yang mendapat penajaan dari LZS ialah tertakluk kepada anak-anak Asnaf negeri Selangor sahaja.

Yuran pengajian, elaun sara diri dan tempat tinggal akan dibiayai sepenuhnya oleh LZS di sepanjang tempoh pengajian.

Syarat khusus

#1.  Anak-anak Asnaf Negeri Selangor sahaja.

Kelebihan

#1.  Yuran pengajian, elaun sara diri dan tempat tinggal dibiayai sepenuhnya oleh LZS.

Kursus-kursus Yang Layak Pembiayaan Pengajian

#1.  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

#2.  Program RAISE.