Kisah Kejayaan
Tokoh 1
Siapakah Beliau?
Muhammad Zariq Bin Zainuddin merupakan bekas pelajar DK Training & Advancement Centre Muar. Beliau dilahirkan pada 30.09.1994 di Johor Bahru.Beliau menetap di Kg Pt Hj Anuar 2,Air Hitam Johor.
Sejarah Beliau?
Beliau mendapat pendidikan awal di Sek Ren Kebangsaan Pt No 5 dan menyambung di peringkat menengah di SMK Pekan Baru Bt Pahat. Dalam peperiksaan Menengah Rendah(PMR) beliau mendapat 1B,4C dan 3D, manakala Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) beliau telah mendapat 1B 4C 2D 2E. Selepas itu beliau menyambung pelajaran ke peringkat sijil di Pusat Kemahiran DK Training & Advancement Centre dalam jurusan Teknologi Mekatronik tahap 2 dan 3
Beliau merupakan pelajar di bawah tajaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).Sepanjang berada di DTAC,beliau telah memberikan kerjasama yang baik kepada semuat tenaga pengajar. Pada mulanya beliau menjalani latihan industry di kilang Panasonic AVC Networks Sdn Bhd Pasir Johor. Sepanjang di Panasonic, beliau mengalami sedikit kesukaran antaranya keadaan persekitaran kilang dan kedudukan rumah sewa yang agak jauh dari tempat kerja. Beliau telah membuat rayuan kepada pihak kolej untuk bertukar tempat praktikal dan pihak kolej telah bersetuju dan menghantanya ke kilang Premuim Micro Sdn Bhd, Pt Bakar Muar Johor. Pada mulanya beliau tidak mengalami sebarang masalah tetapi setelah hampir sebulan disana sekali lagi beliau memaklumkan beliau dibuli oleh rakan-rakan sekerja dan juga penyelia disana.Beliau memohon sekali lagi untuk bertukar ke tempat lain tetapi pihak kolej tidak membenarkannya dan akhirnya setelah genap 3 bulan beliau berjaya juga menamatkan latihan praktikal.
Pencapaian Beliau?
Pada 10 Jun 2015 hingga 11 Jun 2015 beliau telah lulus dalam peperiksaan akhir dan beliau telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysi Tahap 3 pada Majlis konvokesyen DTAC kali ke-4. Setelah tamat dari latihan,beliau hanya membantu ayahnya di kebun kelapa sawit sehinggalah pada 2 November 2015 beliau telah hadir ke DTAC untuk ditemuduga oleh pihak syarikat Kayaku Safety Sytem Sdn Bhd. Beliau telah Berjaya dalam temuduga tersebut dan diterima untuk bekerja. Beliau diminta untuk melapor diri pada 21 December 2015 di Syarikat Kayaku Safety Sytem Sdn Bhd Sendayan Negeri Sembilan.
Beliau ditempatkan di Department Boron Potassium Nitrate (BKN03) dimana ia merupakan bahagian penting untuk membuat air bag. Sepanjang berkeja disana,tiada sebarang aduan dari pihak majikan kerana beliau sangat berdedidikasi dan memberi komitmen yang baik. Beliau juga telah dipilih oleh pihak syarikat untuk menjalani latihan di Republik Czech selama lebih kurang 2 bulan.Pada 08 Ogos 2016 beliau bersama rakan-rakan yang terpilih berangkat ke Republik Czech. Kini beliau masih lagi menjalani latihan di sana. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak DTAC dan Kayaku Safety sytem kerana memberi peluang kepadanya salama ini. Kini beliau masih lagi berada di Republic Czech sehinggalah bulan November 2016.
Harapan beliau kepada pelajar DTAC muar
” Semua orang PERNAH jadi jahat sebelum jadi baik, itu lebih baik daripada PERNAH jadi baik lepas tu jadi jahat, belajarla kerana Allah jangan tinggal SOLAT “