Sekali lagi DTAC menganjurkan Pertandingan Kayak bagi tahun 2015 yang bertempat di D’Dilla Camping Resthouse & Chalet, Sungai Balang Besar, Muar, Johor.
Penyertaan kali ini lebih ramai dari pertandingan kayak yang lepas iaitu seramai 66 orang. Ini termasuklah staff, ahli jawatankuasa dan pelatih-pelatih.
Ahli Jawatan Kuasa Pertandingan Kayak 2015
Ahli-ahli jawatan kuasa (AJK) bagi aktiviti Pertandingan Kayak 2015 adalah,
- Muhamad Shariz Bin Zaini (Ketua Program).
- Adam Bin Mohd Solihin (AJK Bahan).
- Mohammad Ezuan Bin Muhd Ros (AJK Peralatan).
- Muhammad Muslih Bin Mohamad Som (AJK Kebersihan).
- Muhammad Aliffudin Bin Mat Yahya (AJK Makan).
Objektif Pertandingan Kayak 2015
Peserta-peserta dapat memupuk dan melahirkan norma-norma berpasukan yang baik dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Dapat mendedahkan kepada peserta-peserta tentang teori-teori dan praktikal berkayak disamping menimba pengalaman baru yang jarang dirasai masyarakat umum.
Yang paling utama adalah program seperti ini dapat menguji tahap ketahanan mental dan kecerdasan fizikal peserta-peserta.
Hubungan Silaturrahim
Oleh kerana peserta-peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar dari batch yang berlainan dan staf-staf, AJK telah membahagikan kumpulan kepada 4 kumpulan yang bercampur-campur.
Kumpulan-kumpulan yang bercampur-campur antara satu sama lain menjadi kekuatan dalam memperhebatkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.
Ini dapat menguatkan lagi kerjasama apabila masing-masing telah kenal diri masing-masing lebih rapat.
Teori & Praktikal
Dalam kemahiran dan apa sahaja perbuatan yang mendatangkan kebaikan sangat perlu kepada teori yang jelas yang mana akan memperlihatkan praktikal yang terbaik.
Begitu juga dalam permainan kayak, kepada mereka yang lebih memahami aspek keselamatan dan mengambil berat akan teorinya, maka mereka akan lebih berdaya saing dalam soal praktikalnya.
Ketahanan Mental & Fizikal
Yang paling apabila aktiviti seperti ini dianjurkan adalah dapat menguji ketahanan mental & fizikal masing-masing. Logiknya mereka yang dapat bertahan adalah mereka yang bakal mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Disamping itu juga, peserta-peserta dapat menjadikan aktiviti seperti ini sebahagian dari cara hidup dalam mengekalkan kesihatan dan kecergasan berfikir.
Kesimpulannya, setiap perkara yang baik dilakukan ada perkara lain yang elok dijadikan contoh dan perlu diteladani.
Untuk galeri gambar, sila ke pautan berikut – Kayak Sungai Balang 2015.
Leave a Reply