7 Pelatih Terlibat Dalam Program CSR di SMK Bangsar KL

7 Pelatih Terlibat Dalam Program CSR di SMK Bangsar KL

Program CSR (Corporate Social Responsibility) pusat latihan kemahiran DTAC kali ini melibatkan sekolah di luar daerah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bangsar, Kuala Lumpur.

Pusat latihan kemahiran DTAC sentiasa bersama masyarakat tempatan mahu pun di luar daerah di mana pelatih-pelatihnya berasal.

7 pelatih-pelatih yang ditemani 2 orang tenaga pengajar yang terlibat dalam membaikpulih perkakasan elektrik dan tandas.

Program yang julung kali diadakan di sekolah berkenaan disambut dengan baik oleh pihak sekolah.

Pelatih & tenaga pengajar yang terlibat membantu pihak sekolah dalam membaikpulih perkakasan elektrik dan perkakasan di tandas sekolah.

Apakah Pelatih Lakukan Dalam Program CSR Di SMK Bangsar?


7 Pelatih Terlibat Dalam Program CSR di SMK Bangsar KL

Bantuan juga adalah berbentuk sedikit sumbangan kewangan, alatan ganti dan tenaga kerja.

Pihak sekolah juga membantu menyalurkan sumber kewangan dan alatan ganti.

Apakah Manfaat Program CSR Kepada Pusat Latihan Kemahiran DTAC Dan SMK Bangsar?

7 Pelatih Terlibat Dalam Program CSR di SMK Bangsar KL

Program seperti ini banyak memberi manfaat kepada Pusat Latihan Kemahiran DTAC dan juga kepada SMK Bangsar.

Antara manfaat-manfaatnya adalah,

#1 Memperkenalkan pusat latihan kemahiran DTAC kepada SMK Bangsar.

Pusat Latihan Kemahiran DTAC secara tidak langsung dapat berkenalan dengan SMK Bangsar lebih mendalam dan dapat bekerjasama dalam program yang melibatkan masa depan anak-anak bangsa.

#2 Menjalinkan hubungan sosial yang baik.

Hubungan sosial antara DTAC dan SMK Bangsar bertambah baik dan sentiasa memberi kerjasama dalam program akan datang.

#3 Memperlihatkan kemahiran pelatih secara langsung.

Ada program seperti ini juga dapat memperlihatkan pelatih-pelatih melakukan kerja-kerja secara langsung dan memberi ruang kepada mereka bagaimana untuk melakukan penyelenggaraan masa sebenar.

Kesimpulan

Program CSR sangat penting dalam menjaga hubungan sosial antara sesebuah organisasi dan organisasi yang lain dan antara organisasi dan masyarakat sama ada di peringkat tempatan dan antrabangsa.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *