DK Training & Advancement (DTAC) menganjurkan program jati diri tahunannya yang berlangsung di Kem Rekreasi Sri Mas, Pagoh pada 19 & 20 November 2014. Program kali ini diberi nama ‘Program Excobar’.
Program Excobar diketuai oleh En Mohd Khalid Bin Mahmod selaku ketua program bersama ahli-ahli jawatankuasa lain (Batch 11) yang turut membantu melancarkan program tersebut.
Ahli jawatankuasa program telah menyediakan beberapa aktiviti sesuai dengan membina dan membentuk jati diri setiap peserta-peserta yang terdiri dari pelatih-pelatih Batch 16 seramai 35 orang.
Menurut kata Ketua AJK Program,
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat dan merapatkan silaturrahim antara pelajat-pelajar DTAC serta dapat melakukan aktiviti riadah yang berfaedah.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti merentas desa (jungle trekking), merentas kolam berhalangan, latihan dalam kumpulan (LDK) dan memasak secara bergotong-royong.
Aktiviti-aktiviti Program Excobar
Peserta-peserta dikehendaki merentasi denai-denai di pinggir hutan dan berjalan sejauh lebih kurang 9 kilometer.
Peserta sampai di check point pertama, berehat seketika dan melakukan persediaan untuk memasak secara bergotong-royong dalam kumpulan.
Antara rintangan-rintangan yang perlu dilalui oleh peserta-peserta semasa merentasi laluan program iaitu melintasi parit bertiti.
Rintangan berikutnya melintasi kolam buatan dengan menggunakan tali.
Peserta juga sama-sama bantu membantu untuk membuat alatan untuk menyeberangi sungai mengikut kreativiti masing-masing.
Objektif Program Excobar
Dalam berseronok beriadah, DTAC mempunyai misi penting dalam pengajuran program seperti ini iaitu,
- Dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.
- Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
- Dapat meningkatkan sikap tolong menolong.
- Dapat memupuk sifat kesabaran yang tinggi.
- Dapat menambah pengalaman.
Leave a Reply