Program Jelajah Minda telah berlangsung dan antara sekolah yang terawal menyertainya adalah SMK Bukit Naning, Muar, Johor.
Rombongan terdiri daripada 44 orang pelajar dari Tingkatan 5 dan ditemani 2 orang guru kaunseling.
Ketibaan rombongan sangat dialu-alukan dan disambut dengan ramah mesra dari pihak Pusat Latihan Bertauliah DK Training & Advancement Centre (DTAC).
Pengenalan Program Latihan Kemahiran
Ucapan alu-aluan dan ucapan penuh tentang “Pengenalan Program Latihan Kemahiran” yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Bertauliah, Puan Siti Maizon.
Pelajar-pelajar SMK Bukit Naning didedahkan dengan perbezaan antara aliran akademik dan aliran kemahiran.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Kemudian sesi berikutnya, pelajar-pelajar yang terlibat diagihkan dalam beberapa kumpulan untuk memudahkan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).
Dalam gambar di atas adalah contoh dimana Puan Anissa menunjukkan bagaimana sistem pneumatik berfungsi melalui kit latihan pneumatik.
Selepas diterangkan satu persatu berkenaan pneumatik, pelajar-pelajar mengikut kumpulan akan diberi peluang untuk mencuba mengikut diagram yang disediakan.
Demi Sesuap Nasi SMK Bukit Naning
Paling menarik apabila pelajar-pelajar SMK Bukit Naning diuji dalam aktiviti LDK dalam slot “Demi Sesuap Nasi” yang merupakan aktiviti yang menguji kekuatan mental mereka.
Hampir waktu tengahari, perut kelaparan, diuji pula untuk dapatkan sesuap nasi mereka terpaksa diuji dengan pelbagai soalan dari fasilitator.
Sijil Penyertaan & Perpisahan
Program yang berlangsung setengah hari berakhir dengan jayanya dan guru-guru dan pelajar yang terlibat berpuas hati.
Akhir sekali pihak DTAC melalui Puan Siti Maizon memberikan cenderahati dan sijil penyertaan kepada yang terlibat.
Klik puatan ini untuk melihat galeri penuh Program Jelajah Minda bersama SMK Bukit Naning.
Leave a Reply