Program Jelajah Minda (PJM) kali ini adalah anjuran bersama SMK Sungai Abong yang melibatkan seramai 45 orang pelajar dan ditemani oleh 3 orang guru kaunselingnya.
Pelajar-pelajar dan guru-guru yang hadir disambut mesra dari pihak pusat latihan dan terus dibawa ke dewan utama.
Moderator yang mengendalikan program ini adalah Encik Mursyid Auf.
Pengenalan Program Latihan Kemahiran
Slot berikutnya diserahkan kepada Pengurus Pusat Bertauliah, Puan Siti Maizon untuk memecahkan kebuntuan pelajar-pelajar dalam menimba ilmu dengan betul dan memberi jalan mudah untuk berjaya.
Dalam slot yang sama juga, diterangkan panjang lebar tentang aliran kemahiran yang semakin popular kini.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Slot berikutnya, pelajar-pelajar diagih-agihkan mengikut kumpulan untuk menyertai aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).
Aktiviti ini mengikut kumpulan masing-masing akan memasuki setiap bengkel-bengkel dan secara ringkas menjalani latihan kemahiran oleh tenaga pengajar yang terlatih.
Bengkel-bengkel yang disertai pelajar-pelajar adalah seperti bengkel elektronik, bengkel elektrik, bengkel pneumatik dan bengkel motivasi.
Pelajar-pelajar juga dalam kumpulan diuji dengan menjalani praktikal mengikut kefahaman masing-masing dalam latihan ringkas.
Demi Sesuap Nasi
Dalam slot “Demi Sesuap Nasi” pelatih-pelatih diuji fizikal dan mental untuk mendapatkan bekalan makanan untuk makan tengahari.
Ujian seperti ini mampu untuk memberi kesan kepada pelajar-pelajar tentang bagaimana menghargai sesuatu perkara dan mesti berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Sijil Penyertaan & Perpisahan
Program berlangsung sepanjang 4 jam dan berlangsung dengan jayanya dan tahniah kepada kerjasama yang diberikan oleh SMK Sungai Abong.
Program berakhir dengan ucapan ringkas dari wakil guru dan pengurus pusat latihan.
Sijil penyertaan dberikan kepada semua pelajar-pelajar yang terlibat dan cenderahati untuk guru-guru dan sekolah.
Leave a Reply