Program Jelajah Minda (PJM) adalah sebuah program yang telah dibangunkan oleh Pusat Bertauliah (PB) DK Training & Advancement Centre (DTAC) dengan kerjasama sekolah-sekolah menengah di Muar.
Program diadakan setiap tahun untuk tujuan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah tentang kewujudan latihan kemahiran Mekatronik yang semakin mendapat tempat dalam industri-industri negara.
Ia juga bagi menyahut seruan kerajaan dalam pembangunan sistem Industri 4.0 yang sedang di implementasi ke seluruh negara.
3 alasan kenapa anda mesti sertai Program Jelajah Minda (PJM) iaitu,
Merapatkan Hubungan Dengan Pusat Latihan Kemahiran
Dengan adanya program seperti ini, lebih ramai pelajar-pelajar sekolah menengah yang menyertai akan mengetahui akan kewujudan Pusat Bertauliah (PB) atau lebih di kenali sebagai Pusat Latihan Kemahiran DTAC Muar.
Apabila sudah tahu akan kewujudan Pusat Latihan Kemahiran, maka semakin dikenali dan secara tak langsung merapatkan hubungan 2 hala antara Pusat Latihan Kemahiran dan pelajar-pelajar sekolah.
Mengetahui Asas Latihan Kemahiran
Pelajar-pelajar menengah yang terlibat akan diberi pendedahan awal tentang modul-modul yang mereka patut diberi latihan.
Modul-modul adalah seperti,
- Electrical Maintenance.
- Electric Equipment Maintenance.
- Computer Aided Design.
- Programmable Logic Controller (PLC).
- Mechanical Equipment Maintenance.
- Automation System.
- Network System.
- Office Document.
Mengetahui Masa Depan Yang Cemerlang
Yang paling penting adalah pelajar-pelajar menengah tersebut mengetahui akan perjalanan masa depan yang pasti.
Sekurang-kurangnya mereka mengetahui arah mana yang mereka nak tuju dan bersangkut paut dengan minat mereka.
Lihat antara peluang-peluang pekerjaan setelah mereka tamat latihan kemahiran Mekatronik disini.
Jom Sertai Program Jelajah Minda (PJM)!
Jadi, Program Jelajah Minda (PJM) ini sangat penting untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sertai demi masa depan yang terjamin.
80% pelatih-pelatih yang telah tamat latihan disini telah mendapat pekerjaan tetap dan telah temui karier mereka.
Pelajar-pelajar sekolah menengah yang ingin sertai program ini, sila berhubung dengan sekolah masing-masing.
Sekolah-sekolah menengah di Muar pula boleh terus berhubung dengan pihak Pusat Bertauliah (PB) DTAC Muar.
Leave a Reply