
Program RAISE
Sila daftar penyertaan anda dalam Program RAISE melalui borang dibawah,
Borang Daftar Program RAISE
Nota: Borang Daftar Program RAISE yang dihantar akan menerima maklumbalas dari kami dalam 48 jam.
Sila daftar penyertaan anda dalam Program RAISE melalui borang dibawah,
Nota: Borang Daftar Program RAISE yang dihantar akan menerima maklumbalas dari kami dalam 48 jam.
Program RAISE (Rural Accelerated Industry Skill for Employment) adalah sebuah program yang dibangunkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan kerjasama majikan-majikan yang berdaftar dibawahnya.
RAISE bertujuan untuk memberi peluang kepada belia-belia luar bandar dalam latihan intensif jangka pendek dengan memenuhi keperluan majikan-majikan.
Objektif RAISE adalah seperti berikut,
Mempermudahkan akses kepada belia luar bandar untuk memenuhi keperluan majikan industri dalam mengikuti latihan kemahiran khusus dan terus diserap bekerja.
Meningkatkan penawaran dan permintaan tenaga kerja mahir kepada majikan industri melalui kerjasama strategik.
Mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia dan menyokong agenda kerajaan mencapai 35% tenaga mahir sebelum 2020.
Kumpulan sasaran bagi RAISE ini adalah,
Belia-belia yang berada di luar bandar yang berumur 16-25 tahun.
Boleh menulis, mambaca dan mengira.
Kursus yang ditawarkan di bawah Program RAISE adalah kursus jangka pendek dengan tempoh latihan tidak melebihi sebulan dan dijalankan secara sepenuh masa 5 hari seminggu, 7 jam sehari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
#1 Program RAISE, Latihan Jangka Pendek Dan Terus Bekerja Dalam Masa 20 Hari.
Category : Buletin
Adakah anda tergolong dalam kategori berikut,
Ya, anda yang kami cari!
Kami mencari belia-belia luar bandar untuk diberi latihan kursus jangka pendek dan terus diserap bekerja.
Program ini dinamakan Program RAISE (Rural Accelerated Industry Skill for Employment) bagi kursus Basic Technical Skills in Industry (BTSI).
Sila rujuk di laman HRDF, Program RAISE.
Anda akan dibantu melalui proses berikut,
Anda akan dilatih terlebih dahulu oleh tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah di Pusat Bertauliah (PB) yang berpengalaman lebih 8 tahun.
Anda di latih di pusat latihan yang bertauliah.
Laithan yang disediakan adalah latihan singkat untuk terus diserap ke industri (short course).
Pusat Bertauliah (PB) anda telah bersedia sepenuhnya dan penuh yakin sebelum masuk ke industri.
Anda akan dapat kelebihan tersebut semasa latihan dan semasa bekerja di industri masing-masing.
Tempat terhad! Daftar segera!
9 Comments
ahmad syawqi
at 11:08 pmsaya dah berusia 39 tahun, adakah peluang untuk saya ?
Muhammad Amirul Bin rozik
at 3:16 pmSaya berasal dari pahang, dan merantau bekerja di johor. Adakah saya layak untuk ikuti program ni? Selain itu, selama tempoh 20 hari tu saya bekerja sambil belajar atau macam mana? Terima kasih
Faisal Amirul
at 10:11 amTerima kasih kerana respon dengan kami.
Maaf tuan, program RAISE hanya untuk mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja.
Harap dapat membantu dan salam kemahiran.
Lily Yap
at 2:25 pmanak cina berumur 16 tahun, kurang minat belajar tapi minat industri fileman
Admin
at 10:05 amTerima kasih atas respon puan.
Maafkan kami, kurang pasti kursus atau industri yang puan maksudkan.
Boleh pastikan bidang yang dimaksudkan?
Muhammad Abdul Khalid Bin Kaswadey
at 3:31 pmAdakah kursus singkat terus berkerja RAISE
terbuka kepada semua rakyat Malaysia
Admin
at 2:49 pmTidak tuan.
Program RAISE ada syarat-syarat seperti dalam artikel berikut,
http://dtacmuar.com.my/kursus/program-raise/
Muhammad Abdul Khalid Bin Kaswadey
at 5:04 pmSaya tidak mempunyai apa-apa siji kelayakan akademik, hanya sekadar tamat tingkatan 5 sekolah menengah agama ( arab ). Adakah saya layak untuk memohon kursus singkat dan bekerja dalam masa 20 hari tersebut. Terima kasih
Admin
at 2:45 pmTerima kasih keran hubungi kami.
Paling minima adalah 16 tahun ke atas dan punyai Sijil Tamat Sekolah.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.