Program Sijil Mekatronik

Program Sijil Mekatronik

Kemungkinan anda mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memuaskan atau tidak mendapat peluang menyambung belajar akademik mahu pun latihan kemahiran di tempat lain?

Pusat Latihan Kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC) memainkan peranannya sekali lagi membuka peluang kepada yang berminat untuk meningkatkan taraf hidup dalam bidang kemahiran.

Tawaran tersebut adalah kursus Program Sijil Mekatronik yang semakin mendapat perhatian orang ramai seluruh Malaysia.

Program Sijil Mekatronik

Kenapa anda perlu menjalani latihan kemahiran dalam Program Sijil Mekatronik?

  1. Tempoh pengajian cuma 18 bulan.
  2. Elaun sara diri pelatih sebanyak RM300 sepanjang tempoh pengajian.
  3. Peluang pekerjaan yang sangat luas.
  4. Pinjaman penuh disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Syarat-syarat Program Sijil Mekatronik

Syarat-syarat kemasukan cukup mudah iaitu,

  1. Lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  2. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 – 35 tahun.

Program Sijil Mekatronik bukan sahaja memberi peluang pekerjaan yang luas kepada pelatih-pelatih, malah dapat belajar menghadapai cabaran di dalam dunia industri separuh mahir dan mahir pada masa akan datang.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau daftar dalam talian supaya kami dapat menghubungi yang berminat.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *