Selenggara sekolah adalah sebuah projek yang dibangunkan Pusat Latihan Kemahiran DTAC yang diberi nama Program Penyelenggaraan Sekolah.
Tujuannya adalah untuk melatih pelatih-pelatih berada di lapangan sebenar apabila menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Sebenarnya ia termasuk dalam latihan supaya pelatih-pelatih lebih aktif, cekap dan punyai sifat berdaya saing yang tinggi.
Baik pulih segera dan berkala
Dengan adanya program penyelenggaraan ini, sekolah-sekolah yang melibatkan diri akan dapat bantuan atau sumbangan kecil dan juga sumbangan tenaga kerja dari pelatih-pelatih DTAC.
Secara tak langsung dapat membaik pulih segera sebarang kerosakan atau menukar baru peralatan dengan kadar segera atau berkala.
Antara yang dibaik pulih atau tukar baru adalah seperti peralatan elektrikal seperti lampu, kipas, suis dan sebagainya.
Ini juga termasuk peralatan yang terdapat di tandas sekolah.
Elak kemalangan yang tidak diingini
Program penyelenggaraan ini juga dapat mengelakkan dari terjadinya kes-kes kemalangan yang melibatkan ketidak sempurnaan peralatan yang rosak.
Apatah lagi ia melibatkan peralatan yang digunakan oleh semua pelajar-pelajar sekolah.
Selesa dan sistem belajar berjalan lancar
Peralatan yang diselenggara dengan kadar segera dan berkala oleh pelatih-pelatih DTAC akan membantu sistem pembeajaran di sekolah-sekolah bertambah lancar dan selesa.
Kesimpulan
Penyelenggaraan di sekolah-sekolah mesti dilakukan segera dan dilakukan secara berkala untuk elakkan trajedi yang tidak diingini.
Apatah lagi melibatkan sekolah dimana ia adalah tempat pelajar-pelajar melatih untuk melakukan perkara dengan betul.
Hubungi kami jika sekolah-sekolah di Muar perlu bantuan kami.
Leave a Reply