Sukan mingguan adalah satu slot yang disediakan oleh pihak DK Training & Advancement Centre (DTAC) demi untuk pelatih-pelatihnya. Slot tersebut ditetapkan pada setiap minggu pada pagi Selasa.
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
– petikan dari Wikipedia.
Tujuan Sukan Mingguan
Sukan mingguan diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan pelatih-pelatih yang aktif fizikal. Secara tak langsung dapat merangsang kecerdasan mental dalam menjalani latihan kemahiran yang lebih berkesan.
Sekurang-kurangnya sekali seminggu pelatih-pelatih mengeluarkan peluh disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara pelatih-pelatih dan tenaga pengajar.
Jenis-jenis Sukan
Kebiasaannya jenis aktiviti sukan yang dijalankan adalah bergantung kepada jumlah pelatih yang terlibat. Jika penyertaannya ramai maka sukan yang dipilih adalah yang boleh melibatkan ramai pemain.
Sukan yang dijalankan akan bersilih ganti mengikut kategori sama ada sukan moden atau pun sukan tradisional.
Antara jenis-jenis sukan mingguan yang dijalankan,
- Futsal.
- Bola Jaring.
- Baling Selipar.
- Galah Panjang.
Matlamat
Sukan sememangnya diiktiraf sebagai salah satu aktiviti yang melibatkan kesihatan tubuh badan, jadi kami turut menjadikan salah satu aktiviti mingguan untuk pelatih-pelatih.
Yang paling penting, kesihatan pelatih terjamin disamping sentiasa dalam menjaga hubungan murni antara satu sama lain.
Leave a Reply