5 Pelatih Kemahiran Bantu Program CSR SMTI

Program CSR SMTI

5 Pelatih Kemahiran Bantu Program CSR SMTI

Category : Buletin

Program CSR SMTI ini telah berlangsung pada 18 Julai 2018 yang melibatkan sumbangan tenaga kerja 5 pelatih bersama seorang tenaga pengajar pusat latihan kemahiran.

Kali ini, Program CSR berlangsung di sekolah di daerah Muar iaitu Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim (SMTI).

 

Apa Itu CSR?

Secara ringkasnya, CSR (Corporate Social Responsibility) adalah satu komitmen sesebuah organisasi terhadap masyarakat sekeliling.

Dengan adanya program seperti ini, akan lebih membantu masyarakat sekeliling mengenali fungsi pusat latihan kemahiran DTAC dan membantu dalam ekonomi.

 

Aktiviti-aktiviti Program CSR SMTI

Program CSR SMTI ini telah melibatkan sumbangan tenaga kerja dan sedikit sumbangan dari sudut kewangan.

5 pelatih pusat latihan kemahiran DTAC terlibat dalam membaiki kerosakan struktur bangunan seperti pintu-pintu dan peralatan di tandas.

Dan juga dalam penyelenggaraan alatan elektronik dan elektrik seperti servis penghawa dingin dan pendawaian elektrik.

 

Harapan Program CSR Bersama SMTI

Harapan DTAC agar dapat merapatkan hubungan dua hala antara DTAC dan SMTI dalam melibatkan perkara-perkara seperti pembangunan sumber manusia, pengukuhan ekonomi, hubungna sosial, politik dan juga dalam penjagaan alam sekitar.


Lesen Motosikal B2 Percuma Untuk Pelatih SKM

Lesen Motosikal B2 Percuma Untuk Pelatih SKM, Lihat Apa Yang Terjadi!

Tags :

Category : Buletin

Lesen motosikal B2 diberikan secara percuma kepada pelatih-pelatih yang lulus kelayakan untuk menyambung latihan kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran DTAC.

Lesen motosikal adalah salah satu inisiatif Pusat Latihan Kemahiran DTAC dalam membangunkan Corporate Social Reponsibility (CSR) ke atas pelatih-pelatihnya.

Berikut adalah kronologi pembentukan CSR tentang lesen B2 yang diberikan percuma.

Belum Peperiksaan Akhir SKM, Sudah Dapat Kerja

Tahun 2014, ketika itu pelatih yang sedang menjalani latihan kemahiran adalah dari Batch 16 dan batch yang punyai paling ramai pelatih.

Kelebihan DTAC adalah kami jamin 100% pekerjaan kepada pelatih-pelatih yang sedang belajar dan terus bekerja setelah tamat latihan.

Kursus Kemahiran Mekatronik Bantu Lepasan PT3/SPM Dapat Kerja Yang Terjamin

Oleh itu, DTAC terus berusaha mencari penempatan pelatih di industri-industri besar di Johor.

Hasilnya, semua pelatih mendapat penempatan oleh majikan industri masing-masing sebelum mereka duduki peperiksaan akhir!

Namun ramai pelatih menolak secara baik tawaran tersebut kerana kebanyakan majikan tidak sediakan pengangkutan dan lokasi yang jauh dari rumah.

Pelatih perlu ada pengangkutan sendiri seperti motosikal tetapi pelatih masih muda dan belum punyai lesen motosikal.

Wajib Ada Lesen Motosikal Sebelum Tamat Belajar

Februari 2016, Pusat Latihan Kemahiran DTAC memandang serius akan perkara yang berlaku pada kejadian ketiadaan lesen tersebut.

Ianya akan menganggu proses penempatan pelatih di industri.

Pusat Latihan Kemahiran DTAC mewajibkan setiap pelatih yang sedang dalam latihan ketika itu wajib memiliki lesen B2.

Namun agak sukar untuk merealisasikan perkara tersebut kerana pelatih-pelatih masih berumur 16 tahun (Batch 21), tiada pendapatan sendiri dan terdiri dari keluarga yang sederhana.

Jadi, DTAC melakukan inisiatif dimana setiap pelatih mesti ambil lesen B2 semasa sedang belajar dan perlu diselesaikan sebelum tamat latihan.

Semua dibiayai oleh DTAC dan diberikan kepada pelatih-pelatih secara percuma!

Selepas Itu, Lihat Apa Yang Terjadi?

Hasil dari inisiatif pemberian lesen tersebut, semua pelatih-pelatih yang tamat latihan pada 2018, telah memiliki lesen dan secara tak langsung memudahkan urusan penempatan di industri.

Pelatih-pelatih tidak risaukan lagi akan hal pengangkutan dan sanggup menerima tawaran majikan sama ada di Johor dan di negeri lain.

Secara tak langsung, DTAC membantu pelatih-pelatih supaya tidak melanggar undang-undang jalanraya yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).


Corporate Social Responsiblity (CSR), Pusat Bertauliah Dan Masyarakat

Corporate Social Responsiblity (CSR) atau Tanggungjawab Sosial Korporat adalah satu bentuk program yang melibatkan hubungan sosial syarikat atau perusahaan dengan masyarakat di sekelilingnya.

Bagi Pusat Bertauliah (PB) DTAC, CSR adalah sangat penting dan sangat baik untuk syarikat berdiri teguh di tengah-tengah masyarakat.

Apatah lagi DTAC membawa tanggungjawab besar mendidik dan melatih anak-anak bangsa untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab dan punyai jati diri yang tinggi.

Corporate Social Responsiblity (CSR) Yang Lemah

Kelemahan dalam CSR sangat buruk kesannya kepada sesebuah perusahaan dan syarikat.

Masyarakat akan pandang rendah dan menganggap sesebuah perusahaan tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri.

Manfaat-manfaat CSR

#1  Saling Mengenali

Pusat Bertauliah (PB) akan lebih dikenali dan semakin rapat dengan masyarakat dan tiada kesangsian dalam apa yang perusahaan lakukan.

Apabila saling mengenali maka mudah untuk bekerjasama antara industri dan masyarakat.

#2  Biasiswa

Perusahaan juga mungkin akan adakan progam-program dibawah bantuan biasiswa jika ada anak-anak masyarakat yang kurang berkemampuan.

3#  Menjaga Fasiliti Awam

Perusahaan dapat bersama-sama membantu masyarakat memelihara infrastuktur dan fasiliti awam dalam skala yang lebih besar.

Manfaat CSR Kepada Pelatih Kemahiran

Pelatih-pelatih akan lebih bertanggungjawab dan mengetahui akan kepentingannya serta sentiasa menjaga hubungan sosial antara masyarakat di sekitarnya.

Peningkatan dalam teknik bagaimana menjaga hubungan sosial antara masyarakat.

Pelatih dapat menimba ilmu-ilmu asas kehidupan dalam menjalani tanggungjawab sosial antara masyarakat.

Klik untuk lihat galeri gambar pelatih dalam CSR

Kesimpulan

CSR sebenarnya sangat penting dan sepatutnya menjadi perkara pertama yang perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan hidup bermasyarakat dan kerjasama.