
Kursus Kemahiran Mekatronik, Peperiksaan Akhir Tentukan Masa Depan Pelajar
Category : Buletin
Pada hari ini, pelajar-pelajar Batch 18 dan Batch 19 mulai menduduki peperiksaan akhir dalam bidang Kursus Kemahiran Mekatronik, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
Setelah berhempas pulas menuntut ilmu dan menjalani latihan praktikal industri (OJT) selama hampir 2 tahun, akhirnya mereka diuji.
Peperiksaan akhir SKM Tahap 3 Kursus Kemahiran Mekatronik berlangsung selama 3 hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Insya Allah sama-sama kita doakan mereka semua dipermudahkan urusan dan terus berusaha untuk berjaya dan punyai pekerjaan yang terjamin.