
Tokoh Pelatih Kemahiran Capai Impian Kerjaya Dalam Masa 2 Tahun
Category : Buletin
Tokoh pelatih kemahiran ini telah bertungkus-lumus selama lebih kurang 2 tahun dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Kursus Mekatronik.
Sudah pasti ianya bukan mudah tetapi ia juga tidak sukar jika dipatuhi setiap cabaran yang ditempuh.
Izinkan kami berkongsi kisah ringkas kejayaan beliau.
Tokoh Pelatih Kemahiran, Siapakah Beliau?
Beliau adalah En Muhammad Zariq Bin Zainuddin dan merupakan bekas pelatih Pusat Bertauliah (PB) DK Training & Advancement Centre (DTAC), Muar.
Beliau dilahirkan pada 30 September 1994 dan berasal serta menetap di Kampung Parit Haji Anuar 2, Air Hitam, Johor.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit No 5 dan menyambung di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Baru, Batu Pahat, Johor.
Dalam peperiksaan utama iaitu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), beliau mendapat keputusan sekadar memuaskan sahaja.
Apakah Masalah Yang Dihadapi Beliau?
Dengan keputusan peperiksaan yang sederhana, beliau tidak dapat sambung dimana-mana institusi tinggi kerajaan dan swasta yang popular.
Setelah berusaha tanpa putus asa, beliau akhirnya dapat tawaran sambung belajar dalam bidang latihan kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran, Pusat Bertauliah (PB) DTAC.
Ketika itu, beliau ditawarkan kursus Automasi Industri, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.
Dan kemudian beliau sambung lagi ke SKM Tahap 3.
Beliau merupakan pelajar di bawah tajaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
Sepanjang berada di DTAC, beliau telah memberikan kerjasama yang baik kepada semua tenaga pengajar.
Masalah Ketika Menjalani Latihan Praktikal
Pada mulanya beliau menjalani latihan industri di kilang Panasonic AVC Networks Sdn Bhd Pasir Gudang, Johor.
Sepanjang di Panasonic, beliau mengalami sedikit kesukaran antaranya keadaan persekitaran kilang dan kedudukan rumah sewa yang agak jauh dari tempat kerja.
Beliau telah membuat rayuan kepada pihak kolej untuk bertukar tempat praktikal dan pihak kolej telah bersetuju dan menghantanya ke kilang Premuim Micro Mold Sdn Bhd Parit Bakar, Muar, Johor.
Pada mulanya beliau tidak mengalami sebarang masalah tetapi setelah hampir sebulan disana sekali lagi beliau memaklumkan beliau dibuli oleh rakan-rakan sekerja dan juga penyelia disana.
Beliau memohon sekali lagi untuk bertukar ke tempat lain tetapi pihak kolej tidak membenarkannya dan akhirnya setelah genap 3 bulan beliau berjaya juga menamatkan latihan praktikal.
Apakah Pencapaian Beliau Telah Capai?
Pada 10 Jun 2015 hingga 11 Jun 2015 beliau telah lulus dalam Peperiksaan Akhir Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
Beliau telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 pada Majlis Konvokesyen DTAC kali ke-4.
Setelah tamat dari latihan, beliau hanya membantu ayahnya di kebun kelapa sawit sehinggalah pada 2 November 2015 beliau telah hadir ke DTAC untuk ditemuduga oleh pihak syarikat Kayaku Safety Sytem Sdn Bhd.
Beliau telah berjaya dalam temuduga tersebut dan diterima untuk bekerja.
Beliau diminta untuk melapor diri pada 21 Disember 2015 di syarikat Kayaku Safety System Sdn Bhd Sendayan, Negeri Sembilan.
Beliau ditempatkan di jabatan Boron Potassium Nitrate (BKN03) dimana ia merupakan bahagian penting untuk membuat air bag.
Sepanjang berkeja disana, tiada sebarang aduan dari pihak majikan kerana beliau sangat berdedikasi dan memberi komitmen yang sangat baik.
Beliau juga telah dipilih oleh pihak syarikat untuk menjalani latihan di Republik Czech selama lebih kurang 2 bulan.
Pada 08 Ogos 2016 beliau bersama rakan-rakan yang terpilih berangkat ke Republik Czech.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Bertauliah (PB) DTAC dan Kayaku Safety System kerana memberi peluang kepadanya selama ini.
Nasihat Beliau Kepada Pelatih-pelatih Yang Lain
Semua orang PERNAH jadi jahat sebelum jadi baik, itu lebih baik daripada PERNAH jadi baik lepas tu jadi jahat, belajarlah kerana Allah jangan tinggal SOLAT.
Dari kata-katanya dapat ditafsirkan bahawa apa yang berlaku pada kita hari ini bukanlah penamat perjalanan hidup.
Malah jika pandai cari peluang, dengan sedikit perubahan, bakal merubah 360 darjah kehidupan akan datang.
Jadi bertindak sebelum terlambat!
Berminat Jadi Seperti Beliau?
Baca artikel berikut untuk maklumat lanjut berkenaan Progam SKM,
#1 Apa Itu Kemahiran Mekatronik? Jom Lihat Kepentingannya Kepada Anda!
#2 Kursus Kemahiran Mekatronik Bantu Lepasan PT3/PMR/SPM Dapat Kerja Yang Terjamin.
#3 Juruteknik Mesin, Jawatan Yang Ditawarkan Selepas Tamat Latihan Program SKM.
#4 5 Tahap Sijil Kemahiran Malaysia, Ramai Tak Tahu Kan?
#5 Apakah Pelatih Kemahiran Sudah Sedia Hadapi Cabaran Industri 4.0? Lihat Apa Yang Terjadi.
#6 Akhirnya Rahsia Pusat Latihan Kemahiran Di Muar Terbongkar!