Latar Belakang Syarikat

DK Training & Advancement Centre Sdn. Bhd. (DTAC) merupakan sebuah syarikat latihan kemahiran yang ditubuhkan pada akhir tahun 2009. DTAC bertanggungjawab dalam penubuhan dan pengoperasian Pusat Bertauliah (PB) yang menjalankan latihan kemahiran di bawah kategori Pusat Latihan Kemahiran (PLK).

Pusat Latihan Kemahiran DTAC telah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia.

Sejak penubuhannya, DTAC komited menyediakan latihan kemahiran yang berkualiti, sistematik dan relevan dengan keperluan industri semasa bagi melahirkan tenaga kerja mahir tempatan.

Kursus Ditawarkan di Pusat Latihan Kemahiran DTAC

Pusat Latihan Kemahiran DTAC menawarkan program latihan kemahiran berasaskan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) seperti berikut:

Kod Pusat Latihan JPK: L02107

Status pendaftaran pusat latihan ini boleh disahkan melalui portal UP_TVET, platform rasmi Kementerian Sumber Manusia bagi carian pusat latihan dan program TVET di Malaysia.

  1.  Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri. (MC-091-2:2016)

  2. Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri. (MC-091-3:2016)

Kursus-kursus ini dirangka secara komprehensif merangkumi latihan teori dan praktikal bagi memastikan pelatih benar-benar bersedia memasuki alam pekerjaan.

Program & Bengkel Jangka Pendek

Selain program sepenuh masa, DTAC juga aktif menganjurkan pelbagai bengkel dan program jangka pendek, antaranya:

 

  1. Bengkel Kecemerlangan Akademik untuk pelajar sekolah.

  2. Bengkel Pengurusan Organisasi dan Seminar Kerjaya untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi.

  3. Bengkel Pembangunan Usahawan untuk organisasi, agensi dan komuniti, serta bengkel khas mengikut keperluan pelanggan.

Tanggungjawab Sosial & Komuniti

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat, DTAC turut memberi pendedahan awal berkaitan laluan latihan kemahiran di Malaysia kepada pelajar sekolah melalui bengkel dan sesi penerangan yang dijalankan secara percuma di sekolah-sekolah terpilih.

 

Usaha ini bertujuan membantu pelajar mengenali alternatif pendidikan berasaskan kemahiran sebagai persediaan masa depan yang lebih terjamin.

Komitmen & Aspirasi

Dengan sokongan kakitangan berpengalaman serta tenaga pengajar yang berkelayakan, DTAC yakin mampu melahirkan lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang kompeten, berdisiplin dan berdaya saing dalam pasaran kerja.

 

Selari dengan aspirasi kerajaan, DTAC beriltizam membangunkan generasi muda yang berpengetahuan, bermotivasi tinggi serta berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kepimpinan negara pada masa hadapan.

Matlamat Pusat Latihan Kemahiran DTAC

Pusat Latihan Kemahiran DTAC ditubuhkan dengan matlamat untuk:

  • Memperkasa pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional

  • Membentuk sahsiah diri, disiplin dan etika kerja yang tinggi

  • Menyediakan platform pembangunan diri yang menyeluruh kepada pelatih

DTAC berperanan sebagai “One Stop Training Centre” yang menawarkan perkhidmatan latihan melalui gabungan pakar motivasi, akademik dan konsultan bumiputera.

 

Program dan modul latihan yang dikendalikan sentiasa dikemas kini selari dengan perubahan landskap pendidikan dan kehendak industri semasa.

Visi

Menjadi kolej kemahiran terunggul di Malaysia yang menyediakan program latihan kemahiran yang berkesan, sistematik dan berorientasikan industri.

Misi

Memberi peluang kepada pelajar yang tercicir atau kurang cemerlang dalam aliran akademik untuk mengikuti latihan kemahiran, seterusnya melahirkan tenaga kerja mahir demi masa depan yang lebih seimbang dan terjamin.