Majlis Perwakilan Pelatih DTAC

Majlis Perwakilan Pelatih (MPP) adalah organisasi pelajar yang berfungsi sebagai suara rasmi pelatih di DK Training & Advancement Centre (DTAC). MPP bertujuan untuk menggalakkan kepimpinan, kerjasama, dan tanggungjawab di kalangan pelatih, sambil bertindak sebagai perantara antara pelatih dan pihak pengurusan institusi.

MPP berperanan menyuarakan pendapat dan keperluan pelatih, merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memupuk pembangunan diri, sahsiah, dan kemahiran insaniah. Kepimpinan MPP juga terlibat dalam penganjuran program kerohanian, sukan, dan kebajikan untuk menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan pelatih.

Struktur organisasi MPP terdiri daripada pelbagai jawatan penting, termasuk:

  • Presiden MPP: Bertanggungjawab mengetuai organisasi dan mewakili pelatih dalam hal-hal rasmi.
  • Timbalan Presiden MPP: Membantu Presiden dan mengambil alih tugas apabila diperlukan.
  • Buffer Kerohanian: Mengelola aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan spiritual pelatih.
  • Buffer Sukan: Bertanggungjawab mengatur acara sukan dan rekreasi.
  • Buffer Asrama: Menangani isu-isu berkaitan kebajikan dan kehidupan pelatih di asrama.

Melalui dedikasi dan komitmen, MPP DTAC komited untuk memastikan kesejahteraan, keharmonian, dan pembangunan holistik pelatih selaras dengan visi dan misi DTAC dalam melahirkan graduan yang cemerlang.

MAJLIS PERWAKILAN PELATIH

MPP DTAC JUN-DIS 2024

MPP DTAC 2022-2024

MPP DTAC 2019-2020

MPP DTAC 2017-2019