Pengenalan Program
Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Teknologi Mekatronik / Automasi Industri di DK Training & Advancement Centre (DTAC) direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang automasi industri moden.
Program ini menggabungkan latihan mekanikal, elektrik, elektronik dan sistem kawalan automasi dengan pendekatan hands-on, selari dengan keperluan industri semasa dan piawaian Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK).