Pusat Latihan Kemahiran TVET DTAC MUAR

Peluang kerjaya dalam bidang Automasi Mekatronik

Menawarkan pelbagai peluang kerjaya menarik, termasuk sebagai jurutera mekatronik yang merancang sistem mekanikal dan elektronik, pengaturcara mekatronik, pengurus projek mekatronik dan pelbagai lagi

Matlamat Ditubuhkan

Ditubuhkan dengan matlamat memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pendidikan serta sahsiah diri.

Jangkamasa Latihan

Jangkamasa Latihan ini dijalankan secara sepenuh masa melibatkan waktu penuh pelatih setiap hari selama 21 bulan.

Tenaga Pengajar Berkaliber

Memberi latihan kemahiran dibantu oleh tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan mengajar dan berpengalaman dalam melatih pelatih.

Kerjasama Pintar

Hubungan baik dengan beberapa industri dan seterusnya membuat kerjasama pintar bermula sejak 2014 hingga kini.

Jaminan Pekerjaan

Pelatih yang telah tamat pengajian disusun seawal 4 bulan sebelum tarikh peperiksaan akhir sehingga mereka mendapat pekerjaan

Masa Hadapan

Pelatih yang telah tamat pengajian SKM Tahap 3 mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma

Misi Utama

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar gagal/tercicir menimba ilmu latihan kemahiran dalam bidang Automasi Industri dan seterusnya menjadi tenaga kerja mahir demi masa hadapan yang lebih seimbang

Sasaran Pelajar

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 15 tahun ke atas
  • Sangat berminat dengan kemahiran

Tawaran Kami

  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Jaminan pekerjaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi

Kemahiran adalah harta yang paling berharga. Teruslah mengasahnya, dan jangan pernah berhenti belajar. Setiap pengetahuan baru membawa kamu lebih dekat kepada matlamat.

Siti Maizon bt Daim

CEO, DTAC Muar

Hampir 900+ Pelatih Telah berjaya

Jadi apa yang anda tunggu lagi?