
Pusat Latihan Kemahiran DTAC Muar telah ditubuhkan sejak tahun 2009 dan berperanan sebagai pusat latihan kemahiran bertauliah yang menyokong pelaksanaan program latihan kemahiran negara.
DTAC Muar memberi peluang kepada lepasan sekolah dan belia untuk membina masa depan melalui pendidikan kemahiran yang berfokuskan keperluan industri.
Sebagai rujukan lengkap berkaitan kemasukan, kursus, peraturan dan kemudahan di DTAC Muar, sila muat turun Buku Panduan Pelajar melalui pautan di bawah.
👉 [Muat Turun Buku Panduan Pelajar DTAC 2026–2027 (PDF)]
DTAC Muar merupakan sebuah Pusat Latihan Kemahiran bertauliah yang menawarkan latihan kemahiran berasaskan TVET. Fokus utama DTAC adalah melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia memenuhi keperluan industri semasa dan masa hadapan.
DTAC Muar telah ditubuhkan sejak tahun 2009 dan mempunyai pengalaman luas dalam melatih pelatih kemahiran. Sepanjang penubuhan, DTAC komited membantu lepasan sekolah dan belia membina masa depan melalui latihan kemahiran yang tersusun dan praktikal.
DTAC Muar sesuai untuk lepasan sekolah, belia serta individu yang berminat membina kerjaya dalam bidang teknikal dan kemahiran, khususnya mereka yang cenderung kepada pembelajaran berbentuk amali dan hands-on.
Menjadi kolej kemahiran terunggul yang menyediakan program latihan kemahiran sistematik di Malaysia
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar gagal/tercicir menimba ilmu latihan kemahiran dalam bidang Automasi Industri dan seterusnya menjadi tenaga kerja mahir demi masa hadapan yang lebih seimbang
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia, berumur 15 tahun ke atas, serta mempunyai minat yang tinggi dalam bidang kemahiran dan teknikal (TVET).
Umur minimum kemasukan adalah 15 tahun ke atas, tertakluk kepada kesesuaian calon dan penilaian awal pihak pusat latihan.
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web rasmi DTAC Muar atau dengan menghubungi pegawai kaunselor DTAC untuk mendapatkan penerangan lanjut serta bantuan proses pendaftaran. Sila layari https://dtacmuar.com.my/register
Boleh. Pelatih dibenarkan mendaftar terlebih dahulu dan masuk lewat, namun tempoh kelewatan tidak melebihi 15 hari bagi memastikan slot tidak diambil oleh calon lain. Pembayaran booking fee RM100 adalah diWAJIBkan.
DTAC Muar menawarkan Kursus Mekatronik Automasi, iaitu antara bidang kemahiran yang sangat diperlukan dalam sektor perkilangan, automasi dan industri moden.
MC-091-2:2016 Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri.
MC-091-3:2016 Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri.
Mekatronik Automasi adalah gabungan ilmu mekanikal, elektrik, elektronik dan sistem kawalan komputer yang digunakan dalam operasi mesin, sistem automasi dan robotik industri.
SKM Tahap 2 - 7 bulan
SKM Tahap 3 - 9 bulan
Latihan Industri - 3 bulan
Jumlah 18 bulan
Kaedah pembelajaran di DTAC menekankan 70% latihan praktikal dan 30% teori, bagi memastikan pelatih benar-benar mahir, yakin dan bersedia menghadapi alam pekerjaan sebenar.
Lepasan DTAC Muar mempunyai peluang kerjaya yang baik dalam sektor perkilangan, automasi dan industri teknikal. Kemahiran yang dipelajari adalah sejajar dengan keperluan industri semasa.
Ya. Pihak DTAC Muar menyediakan pendedahan industri, bimbingan kerjaya dan akses kepada peluang pekerjaan. Bahkan sebelum pelatih tamat latihan sepenuhnya, pihak DTAC Muar telah membantu mencarikan penempatan kerja yang bersesuaian bagi memastikan pelatih tidak tercari-cari pekerjaan selepas tamat belajar.
Lepasan DTAC biasanya bekerja dalam bidang seperti:
Juruteknik Mekatronik
Operator Mesin & Automasi
Juruteknik Penyelenggaraan
Pembantu Teknikal Industri
Kebanyakan pelatih berpeluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh yang singkat selepas tamat latihan, bergantung kepada prestasi, disiplin dan keperluan industri.
Ya, lepasan DTAC boleh menyambung latihan dan meningkatkan kelayakan ke tahap yang lebih tinggi melalui laluan TVET yang diiktiraf.
Menyambung SKM Tahap lebih tinggi (DKM / DLKM) mengikut bidang kemahiran
Menyambung ke Diploma atau pengajian lebih tinggi, tertakluk kepada syarat kelayakan
Terus bekerja dalam industri sambil meningkatkan kemahiran secara berperingkat
Laluan TVET adalah fleksibel dan menyokong perkembangan kerjaya jangka panjang
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM1,000 dan boleh dibayar secara fleksibel:
RM100 pendaftaran awal
RM400 persediaan dokumen dan alatan
RM500 selepas menerima elaun pertama
Ya. Pelatih akan didaftarkan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi membantu menampung kos pengajian dan sara diri sepanjang tempoh latihan.
Jumlah pinjaman adalah RM31,900, merangkumi pinjaman pengajian dan sara diri. Pelatih akan menerima elaun sebanyak RM800 sebulan sepanjang tempoh latihan selama 18 bulan, tertakluk kepada syarat dan kelulusan PTPK.
Tidak. Bayaran balik adalah pada kadar yang munasabah, dianggarkan sekitar RM233 sebulan, dan kebanyakan alumni DTAC mampu membuat bayaran balik dengan baik selepas bekerja.
Ya. DTAC Muar menyediakan kemudahan asrama kepada pelatih yang layak bagi memudahkan pengurusan harian dan kehadiran ke kelas.
Bayaran sewa asrama adalah RM100 sebulan, termasuk penyelenggaraan asas, kemudahan dan bil utiliti.
Ya. Asrama dikendalikan oleh warden/penyelia yang bertanggungjawab memantau keselamatan, kebajikan serta disiplin pelatih.
Sekiranya pelatih mengalami masalah kesihatan, pihak warden akan membawa pelatih ke klinik menggunakan kenderaan rasmi dan memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa atau penjaga.
Ya. Pelatih perlu mematuhi peraturan pusat latihan dan asrama termasuk menjaga disiplin, kebersihan, kehadiran kelas dan tingkah laku sepanjang tempoh latihan.
Disiplin pelatih dipantau oleh pengajar dan warden secara berterusan bagi memastikan suasana pembelajaran yang selamat, harmoni dan kondusif.
Pelatih perlu menyediakan dokumen seperti:
Salinan Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil SPM (jika ada)
Sijil Berhenti Sekolah
Slip gaji ibu/bapa
Bil utiliti terkini
Pelatih digalakkan membuat persediaan diri dari segi:
Mental dan disiplin, bersedia mengikuti jadual latihan yang teratur
Fizikal, menjaga kesihatan dan kecergasan asas
Sikap dan sahsiah, berdisiplin, bertanggungjawab dan berakhlak baik
Kesediaan belajar, terbuka menerima tunjuk ajar serta bekerja dalam pasukan
Persediaan diri yang baik akan membantu pelatih menyesuaikan diri dengan lebih cepat sepanjang tempoh latihan.
Bagi pelatih yang akan menetap di asrama, disarankan untuk membawa keperluan peribadi seperti:
Pakaian harian dan pakaian tidur yang mencukupi
Kelengkapan mandi dan kebersihan diri
Alatan solat dan keperluan ibadah (jika beragama Islam)
Ubat-ubatan peribadi (jika ada)
Keperluan asas lain yang bersesuaian
Pelatih juga perlu bersedia untuk mematuhi peraturan asrama demi keselamatan dan keselesaan bersama.
Kami memahami bahawa pemilihan pusat latihan adalah keputusan penting untuk masa depan anak anda.
DTAC Muar komited menyediakan persekitaran latihan yang selamat, berdisiplin dan berfokuskan kemahiran industri bagi membina masa depan pelatih.
No1 Tingkat 1, Jalan Puncak 2, Parit Bakar Tengah 84000 Muar Johor
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
DTAC Muar ialah pusat latihan kemahiran yang melahirkan tenaga mahir dalam bidang automasi, mekatronik dan teknologi industri berteraskan TVET.
Copyright © 2026 All Rights Reserved.