Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) adalah program latihan kemahiran yang dibangunkan oleh Pusat Bertauliah (PB) DK Training & Advancement Centre (DTAC) untuk membantu orang awam meningkatkan kemahiran dan melahirkan pekerja mahir.
Tujuan Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) ini adalah membuka peluang kepada orang awam mahu pun pekerja industri yang ingin merubah masa depan mereka kepada tahap pekerjaan yang terjamin.
Ciri-ciri Program Modular Sepanjang Hayat
Secara Separuh Masa
Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) ini dijalankan secara separuh masa (part time).
Maka mudah bagi orang awam yang bekerja untuk sertai program tersebut pada hujung minggu atau hari cuti.
Ada 8 Modul
Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) mempunyai 8 modul dan setiap modul ada tahap asas (basic) dan tahap pertengahan (intermediate).
8 modul yang telah disediakan untuk pelatih baru kuasai seperti,
#1 Electrical Maintenance (asas/pertengahan).
#2 Electronic Equipment Maintenance (asas/pertengahan).
#3 Computer Aided Design (asas/pertengahan).
#4 Programmable Logic Controller (PLC) (asas/pertengahan).
#5 Mechanical Equipment Maintenance (asas/pertengahan).
#6 Automation System (asas/pertengahan).
#7 Network System (asas/pertengahan).
#8 Office Document (asas/pertengahan).
Latihan Praktikal Secara Simulasi
Latihan dalam Program Modular Sepanjang Hayat (MSH) dijalankan praktikal seperti situasi sebenar di industri.
Ini bermakna pelatih akan lebih mahir dan faham bagaimana sesuatu kerja dilakukan di industri.
Kaedah Program Modular Sepanjang Hayat
Ada 2 kaedah utama yang disediakan iaitu keadah One Time Modular (OT Modular) dan Part Time Modular (PT Modular).
OT Modular
OT Modular dijalankan selama 2 hari dan sehari selama 8 jam iaitu dari jam 9 pagi hingga 5 petang untuk 1 modul.
PT Modular
PT Modular dijalankan selama 3 jam seminggu dan akan tamat dalam masa 2 bulan.
Kelas Program Modular
Kelas yang dijalankan terbahagi kepada 2 bahagian mengikut permintaan.
Personal Coaching (PC)
Kelas yang terdiri dari 1 hingga 5 pelatih.
General Class (GC)
Kelas yang terdiri dari 6 hingga 15 pelatih.