Kempen Derma Darah Untuk Warga Muar, Peluang Berbakti Pada Masyarakat

Kempen Derma Darah akan diadakan untuk orang Muar sama-sama menabur bakti untuk membantu mereka yang memerlukan.

Kempen tersebut adalah hasil kerjasama antara pihak tabung darah Hospital Pakar Muar dan Pusat Bertauliah (PB) DTAC.

Kempen ini dinamakan, “Kempen Derma Darah DTAC Muar 2018”.

Jadikan empen derma darah ini peluang untuk anda membantu masyarakat disekeliling anda!

Siapakah yang berkelayakan untuk sertai kempen derma darah ini?

#1  Berumur antara 18 hingga 60 tahun.

#2  Berat badan yang melebihi 45 kilogram (KG).

#3  Sihat tubuh badan fizikal dan mental.

#4  Tiada mengambil ubat-ubatan atau alkohol pada waktu terdekat dengan hari menderma.

Pendermaan darah yang berterusan adalah penting untuk bekalan darah yang mencukupi.

Hanya 30 minit bagi setiap 3 bulan yang ada luangkan untuk menderma darah dapat memberi erti yang besar kepada yang memerlukan.

Dimanakah kempen derma darah diadakan?

Sertai kempen derma darah yang diadakan seperti maklumat berikut,

Lokasi :  Bengkel M&E, DTAC Muar, Jalan Puncak 2, Pekan Parit Bakar, 84010 Muar, Johor.

Tarikh :  01/03/2017 dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Jom! Ramai-ramai sertai kempen tersebut dan menyelamatkan lebih ramai nyawa yang memerlukannya.

“Setitik Darah Seribu Harapan”

Rujukan:  Unit Tabung Darah Hospital Pakar Muar.

RelatedPost


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *